Ahad, Mei 23, 2004

Puk amai-amai

Semalam ada orang datang ke kedai bapak aku. Waktu tu memang turn aku jaga. Lebih kurang jam 11 pagi, datang seorang makcik dengan anaknya. Makcik tu tanya kat aku.

"Suratkhabar ada lagi?"
"Dah habis le cik. Harakah ada la."
"Dah abis dah? Takpe la. Ni ha Farah ni. Sekarang ni bila dah reti baca susah betul. Hari-hari nak baca suratkhabar. Tak beli nanti habis direngeknya. Susah betul le. Hari-hari kena beli surat khabar. Rugi seringgit"
"Seringgit dua posen"

Alamak! Dalam hati aku apa la makcik ni? Anak dia nak baca surat khabar pun rugi? Ohhh lupa. Anak dia si Farah tu umur 4 tahun lebih. Umur baya kalau nak baca patutnya berjuta rahmat sebab budak tu dah tunjuk minat nak membaca.

Aku dah mula membaca dulu lebih kurang enam tujuh tahun. Memang adik beradik aku lambat mula membaca, walaupun mak bapak aku dah mula galakkan aku membaca awal dari tu lagi.

Tapi makcik ni boleh merungut sebab anaknya nak membaca. Patut le budak melayu malas membaca agaknya. Bukan sahaja tak galakkan, tapi semacam menghalang pulak budak tu membaca. Aku malas nak komen panjang-panjang pasal benda ni. Sebab benda ni dah berbuih orang bercakap. Membaca jambatan ilmu le dan macam-macam lagi kempen membaca.

Taknak rugi beli, pegi le pinjam kat library. Tapi Perpustakaan Negara yang tersergam indah tu tak ramai orang yang datang. Nak salah siapa orang tak datang? Dari satu segi tu kalau dah malas tu malas jugak le nak pegi. Walaupun dah buat macam mana pun kemudahan. Tapi bagi orang yang nak datang tapi tak sediakan perkhidmatan yang sepatutnya, bagaimana? Perpustakaan Negara tu terletaknya di Jalan Tun Razak. Mana ada perkhidmatan pengangkutan awam kat tempat tu? Bas takde, LRT tak, Komuter lagi lah, cuma nak harapkan teksi. Kalau nak naik bas juga, kena menapak punya jauh. Alamak.. kerja siapa ni?

Kebetulan pulak. kalau susah nak pegi Perpustakaan Negara, boleh le pegi kat PWTC sekarang. Kat sana ada pameran buku percuma. Pameran tu start jumaat lepas (21 Mei) sampai 30 Mei nanti. Pameran buku percuma! Pameran je yang percuma, buku bukan percuma.

Beli surat khabar yang seringgit dua puluh sen pun rugi, apatah lagi sebuah buku yang berpuluh-puluh ringgit. Baik simpan duit untuk shopping. "Mega Sale bulan berapa Farah?. Dalam suratkhabar tak bagi tau?"

Selasa, Mei 18, 2004

jual penyakit

Set : Dalam toilet awam di sebuah shopping complex

Masa : Tengah hari - hari sekolah

Mood : Senang hati tanpa rasa bersalah kerana ponteng kelas tambahan PMR



Kadok : Bak rokok sebatang.

Apai : Mana kau punya?

Kadok : Tak sempat beli tadi. Bapak aku yang hantar aku gi sekolah

Apai : Nah. (Sambil hulurkan kotak rokok). Nanti bagi balik dua batang.

Kadok : Ala.. Yang hijau takde ke? Mentol la best. Sejuk....

Apai : Datang mana sejuk? Kalau dah berapi, dah berbara, dah berasap, mana ada sejuknya? Api tu kan sifatnya panas. Semua api panas. Mana ada yang sejuk. Api yang sejuk cuma zaman Nabi Ibrahim je.

Kadok : Nabi apa?

Apai : Nabi Ibrahim.

Kadok : (dalam berfikir - air ada panas sejuk, tanah pun ada panas sejuk, angin juga ada panas sejuk, api takde yang sejuk?)

Apai : Nanti jangan lupa. Bagi balik dua batang.

Kadok : Haram kau tau riba ni. Dosa!

Apai : Aku bukan makan pun rokok tu.

Kadok : Tak makan jadi tak haram?

Apai : Tak jadi darah daging!

Kadok : Kalau dah haram.. tetap haram. Dosa besar kau tau tak?

Apai : Yang kau hisap rokok ni tak dosa?

Kadok : Apsal pulak hisap rokok dosa?

Apai : Em.. dosa lah. Ketagih benda yang memudaratkan. Kalaupun bukan haram, hukumnya makhruh sebab ketagih sesuatu yang memudaratkan.

Kadok : Yang kau hisap takpe? Tak dosa?

Apai : Aku mampu hisap rokok. Cukup makan, cukup pakai, selesa tempat tinggal

Kadok : Apa kena mengena dengan haramnya rokok?

Apai : Iye la. Kalau kau mampu beli rokok tanpa halangan untuk memenuhi keperluan kau, rokok tu tak haram. Tapi, kalau kau beli rokok sebab kau ketagih, tapi sampai duit nak makan pun tak ada, sampai nak berhutang bergadai, tu yang jadi haram.

Kadok : Ok.. Ok.. Tapi pasal apa aku kena bagi kau balik dua batang? Aku hutang kau sebatang aje. Itu dah kira riba.

Apai : Bukan riba.

Kadok : Kalau bukan riba apa? Bunga? Interest? Semua tu sama je satu katogori.

Apai : Bukan riba. Cuma aku jual dekat kau dengan harga dua kali ganda. Dengan erti kata lain kau beli rokok tu dari aku dengan harga seringgit sebatang. Aku bagi kau option. Nak bayar dengan duit, bagi seringgit. Nak bayar dengan rokok, bagi dua batang.

Kadok : Mahalnya! Dengan kawan-kawan pun nak jual mahal-mahal?

Apai : Business is business

Jumaat, Mei 07, 2004

nak jadi hero

Apa dah jadi dengan gejala bebudak sekarang?

Apa yang berlaku sekarang ni kat bebudak Malaysia sekarang? Yang dapat sportlight selalu bebudak melayu sebab diorang senang kena tangkap. Dahla tu buat pulak benda-benda yg memang senang expose dalam media. Kalau media buat-buat pejam pun memang gejala bebudak melayu ni depan mata.

Bebudak lain pun bermasalah juga. Tapi bebudak lain tak dapat highlight yang sama ngan bebudak melayu. Mungkin sebab bebudak melayu ni tak cukup duit nak rasuah penguatkuasa atau polis-polis yang buat operasi... Ntah!

Pasal bebudak melayu dapat highlight lebih ni nak heran apa?. Orang melayu kan memang sentiasa menuntut untuk dapat lebih dari orang lain.

Ok le... senaraikan sikit gejala sekarang... yang lain-lain tu mungkin ranting-ranting dari dahan gejala mat rempit, mat pit, disko, buli dan ntah apa-apa lagi.

Kita dah dengar mungkin jawapan mengapa mereka terjebak dalam gejala ni. Masalah keluarga la... masalah kerja la.. masalah kekasih la... nak cari hiburan la... release tension la... ntah apa-apa lagi alasan.

Tapi apa yang aku nampak, diorang ni nak jadi hero. Nak jadi popular. Mereka ini hendak menjadi popular dengan cara senang. Nak jadi trendsetter le konon. Nak popular tak salah. Tapi buatlah dengan cara yang positif betul tak?

Orang yang buat salah salah sekarang memang tak macam dulu. Kalau dulu dah buat salah.. lepas kena tangkap terus insaf. Tapi sekarang ni dah lain sikit. Yang bersalah tetap dihukum tapi natijahnya ialah selepas keluar atau selepas dikenakan tindakan. Mereka akan dianggap hero atau wira oleh pengikut masing-masing. Mereka akan dicanangkan sebagai hero atau wira selepas sahaja selesai hukuman. Waima masih menjalankan hukuman pun telah dianggap wira.

Kalau nak buat contoh mungkin tokoh-tokoh Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi adalah contohnya. Selepas dikenakan hukuman, mereka diangkat sebagai pejuang dan dihukum oleh penganiayaan.

Kat Malaysia pun ada. Anwar Ibrahim, Hishammudin Rais, Mahfuz Omar, Ezam Md Noor dan lain-lain lagi sama ada tahanan politik atau tidak. Selepas saja keluar penjara, mereka disambut sebagai wira. Cuma Anwar Ibrahim je yang belum keluar. Sama ada dia keluar dengan disambut oleh orang ramai atau dia akan menemui ajal dalam penjara, kita sama-sama tunggu.

Jadi dah macam trend. Sapa yang pupuk trend ni...? ntah?

Tapi kita ni muhasabah le diri. Dah masuk penjara tentu lain kalau tak masuk penjara. Kalau dah sejarah kita masuk penjara tentulah sesuatu yang tak kena kat kita. Dah bersalah tentulah bersalah dan ada salahnya. Yang kita nak jadi hero dapat apa?

Isnin, Mei 03, 2004

penyakit pelik

Watak
1.Penganggur (Fulltimer penganggur, part-time tolong business family)
2.Bakal Doktor (Masih buat praktikal di salah sebuah hospital kerajaan)

Set
Dalam ruang tamu di sebuah rumah golongan kelas pertengahan. Sedang menonton berita TV

Masa
8.26 malam

Mood
Sedikit kecewa tak dapat tengok show “satu rentak” di DFP sebab seorang tu pakai baju t-shirt, seluar jeans dan kasut sneakers. Extra kecewa, dah lambat



Penganggur : Apsal banyak sangat kes-kes macam ni?

Bakal doktor : Kes apa?

Pengganggur : Kes ni la… penyakit pelik-pelik ni. (Kes adik Safiyyah - bengkak hati)

Bakal doktor : Kes-kes ni biasa dah. Dulu je tak expose…. Cuma sekarang ni kuasa media dah makin power. Contoh macam edisi siasat, 7 di pihak anda.

Penganggur : Iye ke? Makna dah banyak le kes ni kat hospital?

Bakal doktor : Emmm.. tapi biasalah…. Tak boleh nak buat apa. Pakar-pakar nisbahkan kes-kes macam ni dalam satu per berapa berapa juta. So tak herankan sangat. Cuma sekarang kita nampak banyak sebab pengaruh media dah makin power.

Penganggur : Tapi yang kita tengok apsal kes-kes ni berlaku kat mak-mak muda, bapak-bapak muda

Bakal doktor : Emmm.. dulu pun sama kot? Entahlah?

Penganggur : Yang aku perasan la.. diorang tu muda lagi. Awal 30-an la lebih kurang. Tak taulah kes-kes sebelum ni?

Bakal doktor : Emm

Penganggur : Apa puncanya? Agak-agak kau le, apsal?

Bakal doktor : Salah satu puncanya kahwin saudara. Contohnya sepupu kawin sepupu.

Penganggur : oo.. iye ke?

Bakal doktor : Ada satu tempat ni… ramai orang dapat penyakit pelik. Penyakit ni memang takde tak tempat-tempat lain kat dunia ni. Bila dah kaji.. dah selidik.. diorang amalkan kawin saudara. Tapi lagi teruk la. Macam mak saudara boleh kawin anak saudara.

Penganggur : emm iye ke? Tapi orang India muslim banyak je yang kawin sedara ni.

Bakal doktor : betul gak tu kan? Takde apa-apa ke?

Penganggur : emm tak pernah dengarpun. Saudara mara aku banyak yang kawin sedara. Kawan-kawan bapak aku pun banyak yang kawin sedara.

Bakal doktor : langsung takde kes?

Penganggur : So far takde pun. Esok lusa pun banyak jemputan kawin. Satu tu kawin sedara le jugak. Budak pompuan tu anak abang, kawin ngan anak lelaki adik.

Bakal doktor : Kau bila nak kawin?

Penganggur : Keje pun tak dapat lagi..

Sabtu, Mei 01, 2004

mukadimah

Bagaimanakan ku mula dan apakah kata-kata yang indah untuk diabadikan.

"Salam sejahtera. Semoga rondah-randih tanda tanya berkumpul semula dalam noktah, henti... aman dengan kehadiran bingkisan sederhana yang menyingkap nurani ini"