Masa itu emas. Masa itu kehidupan. Masa tidak boleh dijual beli.
"Mau register? Renew ka? Saya boleh tolong you bikin" < tak layan >
"Renew? Sudah angkat dia punya borang?" < angguk kepala >
"Cari apa?" < seluk poket. teraba-raba >
"Mari ini saya bikin" < serahkan segala yang patut. termasuk nasib >
"Kasi la dua ringgit" < gamam. beginikah nasib >
"Jangan lah ini macam saya sudah tolong apa" < serabut. tertekan >
"Kat KL ni apa pun boleh buat bisnes. Kau kutip batu, pastu jual pun ada nak orang beli. Tapi mesti kena dengan cara."
Tadi aku pergi lagi tempat tu. Suruhanjaya Syarikat kat The Mall. Pangalaman dua bulan yang lepas betul-betul buat aku berhati-hati. Tak pasal-pasal kena bayar dua ringgit sebagai upah isi borang. Itu lah yang terjadi kat aku waktu nak renew business bapa aku dulu gara-gara aku tak bawa pen. Kali ini bukan sebatang aku bawa!
"Jangan pisang berbuah dua kali. Orang yang berjaya juga melakukan kesilapan, tetapi tidak mengulangi kesalahan yang sama"
Kaunter dah tutup - lambat cuma seminit dua
Sekarang - jam 12.37
Buka balik kaunter - 2.30 nanti
Apa nak buat 1 - tunggu? mungkin tidak. buang masa
Apa nak buat 2 - datang balik lain kali? lesen business aku dah expired. nanti kena denda pula
Langkah seterusnya - tunggu sekejap!
"Mau register? Renew ka? Saya boleh tolong you bikin" < tak layan dan sekadar senyum >
"Renew? Sudah angkat dia punya borang?" < angguk kepala sambil keluarkan pen dari poket >
"Kaunter sudah tutup la" < tinjau kepala seolah-olah mencari seseorang/sesuatu - cari alasan nak beredar >
"Mari ini saya bikin" < serahkan tanpa rela tapi tak juga dipaksa. nasib dikepilkan - ntah apa nasib aku nanti >
"Ini you punya lesen sudah renew" < pelik. toleh ke kaunter - tutup! >
"Jangan takut. Betul punya lesen. Dalam punya kawan kasi tolong" < masih gamam. belek dokumen >
"You punya nasib ada baik ini hari. Tarak tunggu, lagi boleh siap bikin" < seluk poket. serahkan lima ringgit sebagai upah renew. tak perlu buang masa >
"Mana cukup kawan. Itu dalam punya orang pun mau kasi juga apa" < kena lagi aku. nasib! berapa nak bagi ni >
"Thank you brader" < jalan tak toleh belakang. selesai satu perkara >
"Masa itu emas. Masa itu kehidupan. Masa tidak boleh dijual beli." Sepanjang hari ni, aku rasa kata-kata tu tak berapa betul. Aku dah beli masa dengan harga yang cukup murah - RM 10 sejam. Dengan bermodalkan RM 20, aku dah jimatkan dua jam untuk buat benda lain - tak payah tunggu sampai kaunter Suruhanjaya Syarikat tu buka balik.
Tapi untuk malam ni aku rasa macam berdosa pulak. Benda yang aku buat tadi tu dikira RASUAH ke?
Kenangan di Lorong B dan Festival Filem Raintown
Sehari yang lalu