Isnin, Oktober 25, 2004

tholabul ilmi...

Zahari : Cuba kau tengok dia pakai apa kat dalam?
Aku : Pakai apa, apa?
Zahari : D.B box dia... dia pakai 3 phase ke single phase?
Aku : Hah? Tak paham Aku?
Todin : Ni pun ko kena tau ni.
Zahari : Kau kena belajar jugak semua ni.
Aku : Sudah la tu. Banyak sangat Aku dah belajar hari ni. al-Qur'an turun kat Nabi Muhammad pun secara berperingkat.

Antara diolag ketika kami - Aku, Zahari dan Todin berada di Cameron Highland hujung minggu lepas. Pengalaman Aku membuat kerja-kerja interior designer - lukis plan dan ukur adalah baru dalam hidup. Memang banyak yang Aku dapat belajar dalam tempoh dua hari itu.

Tapi kalau dah terlalu banyak benda yang dipelajari dalam satu tempoh yang singkat, tentulah serabut jadinya. Silap-silap satu apa pun tak paham. Itulah antara hikmah al-Qur'an diturunkan peringkat demi peringkat. Kalau turun sekali gus, manakan mampu untuk faham semua sekali kan?

Apa-apa pun pengalaman di Cameron Highland ni memang best. Walaupun terpaksa bekerja pada hujung minggu, Aku tetap rasa best.

Terima kasih Todin sebab paksa Aku ikut kau pi ukur rumah banglo Hj Sufian. Juga terima kasih kat Boss yang bayar semua perbelanjaan kami kat sana.

Selasa, Oktober 19, 2004

Terawih

[Bukan berdasar kisah benar]

Set
Di mana-mana yang difikirkan sesuai

Masa
Beberapa minit sebelum Zohor.
Dalam bulan Ramadhan

Watak
1. Ahmad 'Bush' Bustamam
2. Khairi 'Kerry' Shah


Bush : Sempoi jugak amoi tu.

Kerry : Hoi! Jaga sikit mata tu. Kau puasa ke tak?

Bush : (Dalam hati : Dah rezeki. Lagi pun dah selalu tengok mana naik syahwat.) Em.. Nasib baik kau ingatkan. Lupa aku sekarang ni puasa.

Kerry : Semalam aku telepon apsal tak angkat?

Bush : Aku tak balik sembahyang terawih lagi

Kerry : Apsal lambat sangat? Tempat kau habis pukul berapa?

Bush : Pukul Sepuluh Lebih

Kerry : Tempat kau buat dua puluh rakaat ke?

Bush : Iye la. Tempat kau buat lapan aje ke?

Kerry : Emm.. Rasullullah pun buat lapan je. Ikut lah sunnah.

Bush : Memang Rasullullah buat lapan je. Tapi pastu sambung kat rumah buat dua puluh rakaat.

Kerry : Betul la kan tempat aku buat lapan je. Kat rumah nanti pandai-pandai sambung buat sampai dua puluh

Bush : Kau buat bila dah balik rumah?

Kerry : Tak. Ala... sembahyang sunat je kan. Kalau buat dua aje pun dah kira sembahyang terawih juga kan?

Bush : Sape ajar kau? Imam tempat kau tu ada kelulusan JAKIM ke?

Kerry : Mana la aku tau.

Bush : Mana boleh sembahyang lapan rakaat je

Kerry : (Sekadar diam)

Bush : Tak lengkap la sembahyang terawih kau.



Kedengaran azan Zohor berkumandang



Kerry : Hah. Tu dah masuk time Zohor dah. Jom lah kita sembahyang dulu.

Bush : Kau pegi la dulu. Aku tunggu kat sini. Seluar aku kotor la.

Kerry : Emm OK. (Dalam hati : Kecoh! Sembahyang terawih bising. Buat lapan tak lengkap konon. Sembahyang wajib tak buat, sibuk pasal amalan sunat) Jaga kasut aku!

Khamis, Oktober 14, 2004

Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari ramadhan sebelum ini.

Rabu, Oktober 13, 2004

Tangkap dan Penjarakan Siti

(Maaf, artikel ini tidak berdasarkan sebarang fakta malah berlandaskan emosi penulis semata-mata)

Cerita ni memang dah basi. Tapi cuma ini aje kesempatan untuk aku menulis. (kerana ada suntikan semangat baru).

Penulis e-mail layang kat Siti dah ditangkap. Alasan tangkapan kerana menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan penyanyi popular Siti Nurhaliza. Betulkah tulisan itu dianggap fitnah atau memang semua tuduhan tu betul. Kalaupun bukan semuanya betul, mungkin ada juga satu dua yang betul.

Kalau nak ikutkan undang-undang Malaysia, Siti haruslah membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Tuduhan atau dakwaan dah dibuat, so langkah seterusnya ialah tunjukkan sebab tidak bersalah. Dan Siti harus ditahan reman. Tapi pensyarah itu pula yang di tahan. Iyelah... yang menuduh cuma pensyarah bukan ahli politik. Kena pula yang menuduh itu 'orang nombor satu'. Lagi la bebas, siap ada bodyguard lagi.

Tapi mungkin tak adil untuk aku nak samakan dua kes tu. Lagipun orang yang dituduh kes dulu pun dah dibebaskan.

Tapi ada satu persamaan yang ketara (dari penglihatan aku yang tak peka sangat ni). Si penuduh tak mahu orang awam tertipu dengan penampilan atau perwatakan orang yang dituduh yang nampak baik tapi sebenarnya tidak! Bukankah itu penting untuk kita tahu?