"Ala bang.. takde duit kecil ke? Baru bukak je gerai ni. Abang ada syiling?"
"Dey tambi.. syiling tarak ka? Angkat lain barang la, kasi cukup-cukup kira. Ini gula-gula ka?"
"Semua sekali sepuluh ringgit lima puluh sen. Lima puluh sen ada?
Ini adalah sebahagian dialog antara peniaga-peniaga dan pelanggannya. Situasi ini dapat kita kutip dari pasar malam, restoren, gerai makan, kedai runcit dan lain-lain tempat lagi yang berurusniaga menggunakan syiling. Dalam keadaan tertentu, tentu sahaja kita akan dengar dialog seperti ini.
"Tukar dulu kat kedai lain boleh tak? Nanti datang balik sini, bayar."
"Jangan berlagak, dua ringgit punya barang pun bagi duit note besar ke?"
"Takde duit kecik ke? Ingat ini bank ke?"
Bila berlaku situasi ini nak salahkan siapa? Nak salahkan peniaga tidak menyediakan yang tukar, atau salah pembeli yang tidak mahu menggunakan wang syiling dalam urusniaga.
Jadi di mana tempat untuk kita menukar duit syiling? Mungkin sekarang sudah ada mesin penukaran syiling. Setiap ringgit yang ditukar, dikena upah sekian-kian harga. Tapi ramai peniaga-peniaga ini merujuk kepada bank sebagai tempat tukaran syiling.
Tetapi baru-baru ini situasi berlaku kepada saya. Di Maybank Pandan Indah-Maxisegar.
"Nak buka account baru kena bayar dulu lima belas ringgit, bayaran untuk kita check dengan suruhanjaya syarikat" Saya hulur yang lima puluh ringgit. "Duit kecil takde ke?" Saya terus menjawap "Dalam bank takde duit kecil ke? Ingatkan kedai runcit je takde duit kecik"
Yang kedua juga berlaku di Pandan Indah. Kali ini bank Alliance Bank.
"Ini account outstation, kena bayar commision." "Berapa ringgit?" "One fifty" "Ada fifty cent? Senang kira."
Saya terpinga-pinga. Kalau di bank pun masih nak minta duit syiling, di mana tempatnya yang dah tentu orang takkan mempersoalkan wang kecil? Dari ramai-ramai kawan aku memberi respon, mereka kata di plaza tol. betul ke?