Khamis, April 28, 2005

tanam boleh, jual tak boleh

"Bak sebatang lagi"
"Lain kali beli lah sendiri"
"Tak sempat beli. Bapak aku yang hantar gi sekolah tadi"
"Dia dah balik dari Kelantan?"
"Dah. Semalam"
"Apa dia buat kat sana?"
"Tengok ladang tembakau dia. Ada YB nak bagi subsidi baja kat pengusaha ladang tembakau."
"Bapak ada ladang tembakau tapi anak tak mampu beli rokok sendiri"
"Kerajaan galakkan orang tanam tembakau. Tapi kerajaan tak bagi beli rokok!"

Image hosted by Photobucket.com
(Sekadar gambar hiasan)

Selasa, April 26, 2005

revolusi komputer

lupakan tentang komputer yang sebesar bilik.

mula-mula dulu dipanggil desktop. lepas tu laptop dicipta. sekarang pula, dah ada palmtop. esok lusa mungkin thumbtop, atau mungkin toetop?

dunia di hujung jari kaki anda.

Rabu, April 20, 2005

Lebih baik tak faham dari tak faham-faham!!

"Bro, fifo ni apa?"
"Fifo? ooh. FIFO"
"Mende tu?"
"First-in first-out. Faham tak?"
"Tak"
"Contohnya kalau nak susun barang untuk dijual balik. Mana barang yang datang dulu tu mesti dijual dulu. Kalau tak jual barang yang lama, barang tu mungkin boleh basi. Faham tak?"
"Emm. ni lifo ni"
"Last-in first out. Faham tak?"
"Tak"
"Contohnya kereta parking waktu sembahyang jumaat. Siapa yang datang last, kena keluar dulu. Kalau tidak kereta lain tak boleh nak keluar. Faham tak?
"Tak"
"Kau ni bukan tak faham. Tapi tak faham-faham!"

Isnin, April 11, 2005

Sekitar PeTA 2005 (Bah 2)

INTRO
PeTA 2005 dah habis. tapi aku cuma tengok dua persembahan sahaja dari empat persembahan berbaki. dan aku tetap nak komen sikit tentang teater-teater yang aku tengok.

KAP RAJA SUNGAI & PYGMILLION
aku tidak kesempatan menonton teater ini. jadi tidak ada komen

PEMBURU PERKASA
persoalan cerita yang menarik. walaupun adaptasi dari karya luar, tetapi penterjemah berjaya selitkan isu-isu yang dekat dengan penonton.

sebagai pengarah yang turut dinilai malam itu, saya lihat ada potensi. syabas. tetapi terdapat beberapa yang perlu diperbaiki. yang pertama kawalan terhadap tempo perjalanan persembahan. yang kedua, set/prop dan korus. cubalah menjadi lebih kreatif.

bagaimana pun pendekatan yang digunakan untuk bercerita amat menarik. amat teaterikal.

lakonan pelakon pula baik. jika penonton datang nak tengok bagaimana Ku Yusri (watak Adik dalam drama 'Sutun')berlakon sepertimana dalam drama Sutun itu, bernyata hampa. Syabas Ku Yusri kerana berjaya mengurangkan jurang stereotype!

keseluruhan persembahan baik. tahniah kepada para pelakon, pengarah dan sinografer.


TANAH BERNANAH
maaf. tengah-tengah persembahan baru saya tersedar kembali bahawa teater ini tiada kaitannya dengan Erma Fatima.

cerita ini memang tak penah habis. jadi tak perlu ulang tayang dari versi-versi yang berlainan. isunya tetap sama! malah sekarang bukan tempat gelap atau kotor saja ada kejahatan dan maksiat. maksiat ada di mana-mana.

bagaimana pun pendekatan teaterikal tetap ada cuma cuba lebih kreatif untuk bercerita.keseluruhannya baik dan perlu dibaiki. dan tahniah kepada kepada para pelakon, pengarah dan sinografer.

OUTRO
menyokonglah apa saja yang anda suka.

Ahad, April 10, 2005

Di manakah haramnya Anjing?

Hari ini ada satu lagi berita tentang orang diserang anjing.

Sekarang memang ramai orang jahat dan susah nak bezakan yang mana satu orang baik dan orang jahat.

Kerana itu, anjing pun menjadi keliru. Diserangnya siapa saja. Tak kiralah budak sekolah ataupun nyonya tua.

Khamis, April 07, 2005

sekitar PeTA 2005

INTRO

PeTA 2005 belum habis lagi. tapi dah tiga persembahan sehingga malam tadi. dan aku nak komen sikit tentang teater-teater yang aku tengok.

KERETA KENCHANA

aku tidak kesempatan menonton teater ini. jadi tidak ada komen

ORANG KASAR TAPI JIWANG

dia memang kasar. masuk ke rumah orang walaupun kawan lama dalam keadaan marah-marah. marah sebab tak bayar hutang. ramai kawan-kawannya yang berhutang dengannya dulu mengelak dari membayarnya. sebab itu dia marah-marah.

set pentas yang cantik. cahaya lampu yang kemas.

karya rusia yang diterjemahkan oleh maestro teater - ahmad yatim dan pengarahnya adalah wan kenari. walaupun persembahan dalam bahasa melayu, masih dapat rasakan ia karya luar. tapi sayang, suasana english lebih dirasai, bukan rusia.

lakonan pelakon memang menjadi. terutama lakonan pelakon lelakinya. sayang tak cukup tinggi. lakonan pelakon perempuannya aku kurang setuju begitu. tapi masih logik dan sedar keadaan, cuma aku kurang setuju. dan suaranya masih tak keluar habis.

babak akhir pula tak kemas. pelakon lelaki tidak cukup romantis, mungkin kerana dia mahu kekal sebagai orang kasar. pelakon wanita pula kurang bijak. adegan malu tapi mahu yang cuba digambar amat-amat memualkan. sewaktu menghalau memang elok dengan kata-kata, tetapi bila mahu tak sesuai diluahkan dengan kata-kata. oleh babak itu kurang bijak dan tidak kemas.

bagaimanapun secara keseluruhan, persembahan ini cemerlang. tahniah kepada para pelakon dan pengarah

SELAMAT MALAM MAMA, SAYA MAHU TIDUR

antara persembahan teater yang boleh dikategorikan sebagai teater berat. Amat tidak sesuai bagi orang yang pertama kali menonton teater. Saya yang selalu menonton teater pun hampir tertidur, inikan pula bagi orang yang pertama kali! Maaf Ida, lain kali kita menonton cerita lain ya.

Selain isu yang perlu dikupas sendiri oleh penonton, jukstaposisi pula tidak ditonjolkan dengan jelas oleh pelakon. Bagaimanapun lakonan pelakon baik dan perlu diperbaiki, terutama 'Mama' yang kelihatan seperti menghafal skrip. Memek muka ok cuma lontaran kata-kata yang sedikit menganggu persembahan.

keseluruhannya baik dan perlu dibaiki. dan tahniah kepada kepada para pelakon, pengarah dan sinografer.

OUTRO
masih ada empat lagi persembahan. yang berkesempatan sila menonton.

Jumaat, April 01, 2005

Archipelago bergegar lagi...

Cerita ni mungkin dah basi. Tak kira la berapa skala richternya. Berapa ramai yang terkorban.

Dan aku memang tak merasa gegarannya ketika kejadian itu berlaku. Tapi natijah yang aku alami adalah hujan lebat waktu tengahari dua hari berturut-turut. Sebagai pekerja, aku terpaksa akur dengan tugas-tugas yang diberikan.

Tengahari tu, aku kena hantar dokumen kat salah seorang client. Waktu aku mula keluar opis, belum hujan lagi. Tengah perjalanan hujan turun. Agak lebat. Tapi aku teruskan juga perjalanan kerana bos dah pesan - "En Aziz nak cepat. Dia dah tunggu lama"

Dalam kebasahan tu, aku sampai juga di pejabat En Aziz - client company kitorang. Memang basah kuyup! Aku tak sanggup nak masuk dalam opis dia. Jadi, Kat pintu luar tu, aku ketuk pintu. En Aziz keluar. "Kenapa datang juga hujan-hujan ni?. Hujan lebat kat luar?." Aku hanya angguk.

Aku tak tau dia kata apa dalam hatinya
"Bagus pekerja Sham ni, hujan-hujan pun datang juga hantar dokumen"
"Kesian kau ni, hujan-hujan pun kena hantar dokumen"
"Bodoh betul budak ni, hujan-hujan pun nak hantar juga dokumen"

Biarlah apa orang nak kata. Bagi aku, aku bijak sebab baru pukul 4.00 aku dah ada kat rumah.

"Bos. Hujan lebat ni. Tapi dokumen tu saya dah bagi kat En Aziz."