Selasa, Julai 26, 2005

Jamal kitar semula tak?

"Tak lah"
"Aiyo.."

Jangan pandai cakap sahaja.

"Buat kerja betul-betul. Nanti tak boleh menang pilihanraya lagi."

"Hak istimewa Bumiputra mana?"
"Aahh"
"Pandai sangat la tu."

Khamis, Julai 21, 2005

Ayah Pin VS Abuya

Di antara 'Kerajaan Langit' dan 'Al-Ar'qam'. Apakah persamaannya dan apakah perbezaannya.

1. Che' Det takutkan Abuya. Itu pasal dia cepat-cepatkan pengharaman pertubuhan Al-Ar'qam. Pak Lah pula sukakan Ayah Pin, mungkin? Kerana itulah agak-agaknya dia lengah-lengahkan penghapusan total Kerajaan Langit.

2. [apa komen anda?]

Isnin, Julai 18, 2005

"She too smart"

"Apakah perlu untuk mendengarnya?"

Hanya dengan kata-kata itu, egomu tercalar. Lantas dia engkau singkirkan.

Apa lagi yang ingin katakan, engkaulah Fir'aun di Kota sana!

Selasa, Julai 12, 2005

Isu 'kas-kas' dah senyap, tapi...

Sebelum ni korang ambik peduli ke dalam makanan korang ada kas-kas ke tak. Tapi lepas kes baru-baru ni, apakah korang baru nak concern pasal kas-kas ni. Kalau korang taknak makan makanan yang ada kas-kas sebab boleh memudaratkan takpe, tapi kalau...

"Mamak, dalam ini Beriyani ada kas-kas ka? Kalau tak ada saya tak mau makan. Saya mau cuba macam mana rasa itu kas-kas"

Ini kes dengki la ni. Kalau tak reti nak meniaga, jangan nak tuduh macam-macam kat orang yang berjaya. Dasar korang tu bangsa subsidi! Tak reti nak usaha sendiri ke?

Selasa, Julai 05, 2005

NOSTALGIA : Zon selamat yang memudaratkan

Setelah puas cuti panjang, akhirnya masuk balik sekolah. Tapi kali dah tak boleh main-main lagi. Sekarang ni nak ambil SPM. Tahun lepas boleh la main-main lagi sebab kawan-kawan aku kata honeymoon year. Tahun ini aku mahu bersungguh-sungguh.

Tetapi tadi ada taklimat kepada pelajar-pelajar baru tingkatan satu oleh ketua warden. Dan aku kena turut serta. Kerana aku antara terpilih menjadi fasilitator bagi minggu orientasi pelajar-pelajar baru tingkatan satu itu.

Antara lain dalam taklimat itu, ketua warden menyatakan tentang kemudahan-kemudahan asrama sekarang dalam tahap terbaik. Semuanya baru. Katil baru, tilam baru, bantal baru, almari baru dan meja baru. Dan ketua warden menambah, kalau siapa yang mahu tukar kerana rosak, sila adukan segera.

Tetapi sewaktu aku mula-mula masuk dulu, ketua warden ketika itu yang sudah bersara, beritahu kami seperti dalam taklimat tadi dengan berkata, "kamu jangan nak idamkan macam yang kamu dapat di rumah. Di rumah mungkin kamu semua selesa dan tidur pula dalam bilik beraircond. Di sini kamu tidur bertemankan pijat-pijat. Kalau kamu banyak komplen, jangan duduk sini!"

Sabtu, Julai 02, 2005

TEATER : Jauh di Lubuk Hatinya

INTRO
Kesempatan aku ada urusan di Shah Alam dari pagi, aku tak melepaskan peluang untuk menonton pementasan teater di Auditorium Muzium Shah Alam. Mujur juga dapat menonton tanpa membayar apa-apa

PENCERITAAN
Berkisar tentang seorang ibu (Ani) yang ditinggalkan oleh suaminya bersama-sama anaknya yang sakit. Dia berjiran dengan Omar/Tempang dan Jueni. Mereka bertiga miskin sehingga tiada duit untuk mengubati anak Ani.

Bagaimanapun ada seorang wanita (Munah) yang sanggup membawa bayi itu untuk mendapat rawatan tetapi bersyarat memberi anak itu kepada beliau dengan harga 300 ringgit. Tetapi Ani tidak menyerahkannya.

Ditengah-tengah pementasan, datang pula watak seorang wanita bernama Rita yang mencari ibu bapanya kandungnya. Ketika ibu angkatnya sedang nazak, dia diberitahu bahawa semasa kecil beliau dijual oleh ibubapa kandungnya. Dan dia ingin benar mencari ibubapanya dan berat merasakan bahawa dia berasal dari situ.

Bila Rita mendapat tahu anak Ani ingin dijualkan oleh Omar kepada Munah (Ketika ketiadaan Ani kerana mencari ubat), dia menghalang dan Jueni pula membunuh Rita kerana menjadi halangan dalam proses menyelamatkan anak Ani.

Akibatnya Munah ubah fikiran kerana takut dikatakan mencuri anak orang dan ketika itu Ani pulang dengan berjaya mendapat ubat untuk anaknya. Tetapi malang kerana anaknya sudah hilang. Ani meraung dan menjerit mencari anaknya yang juga bernama Rita.

Drama ini berakhir dengan kemunculan Jueni dengan tangan yang berlemuran darah dan Rita yang bangun kembali dan memanggil-manggil ayah dan ibunya.

PENGARAHAN
Aku tak fikir pengarah betul-betul faham dengan naskah 'Jauh di Lubuk Hatinya' karya Allahyarham Bidin Subari. Garapan naskah yang tidak kemas terutama di akhir cerita. Pengarah (M.Rafi Jafranee) juga tak dapat tentukan naskah ini berbentuk realis, suralis atau lain-lain.

Pengarah juga gagal membentuk pelakon mengikut tempo cerita kerana dalam beberapa babak yang penting tidak dilakukan dengan baik. Contohnya ketika Ani membawa balik ubat (membebel terlalu lama sebelum masuk memberi ubat kepada anaknya).

Cerita ini juga penuh dengan dialog-dialog lucah dan mencarut. Aku rasa banyak lagi perkataan-perkataan lain yang boleh digunakan dalam pementasan ini. Bahasa yang digunakan dalam pementasan ini amat kasar dan tak sesuai untuk pementasan umum terutama dianjurkan oleh kerajaan negeri.

HAHA... tetapi mungkin pengarah ingin meminta maaf kerana keceluparan pelakon-pelakonnya yang melontarkan dialog-dialog kasar dalam pementasan dengan ramai-ramai menyanyikan lagu kempen budi bahasa selepas 'curtain call'.

Tetapi yang bagusnya ialah dia menyediakan tisu kepada setiap penonton yang hadir kerana tisu itu dapat digunakan ketika menangis (Inikan cerita sedih!)

SET / LATAR MASA
Set yang lengkap dan bersesuaian dengan cerita (Jika genre realis diambil kira). Tetapi apakah set ini bersesuai mengikut latar masanya? Membeli anak dengan harha RM 300.00 itu pada zaman bila?

LAMPU
Mainan lampu yang kelam kabut sehingga merosakkan cerita terutama di akhir pementasan.

AUDIO
Lagu yang tak sesuai dengan cerita. Terutama ketika dialog antara Ani dan Omar serta ketika Omar bermonolog.

LAKONAN
Tahniah kepada pelakon kerana aku fikir berjaya terutama Wan Shades yang membawa watak Jueni yang separuh gila. Tetapi ada ketikanya Wan menjadi over.

Watak Munah pula tidak digunakan sepenuhnya oleh pelakon drama TV - Maimon Muttalib. Banyak lagi yang harus ditonjolkan bila menjadi seorang kaya yang megah dengan kekayaan.

Lain lain pelakon juga bagus dan perlukan banyak penghayatan dalaman walaupun rata-rata mereka mempunyai banyak pengalaman lakonan pentas.

OUTRO
Perlu banyak lagi pendedahan tentang teater dan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor dan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor kerana mementaskan pementasan teater percuma.