Jumaat, Januari 27, 2006

Dia marah atau apa?

Semalam Azie call aku. Dah lama dia tak call aku. Dulu aku tak rapat sangat dengan dia. Dia je yang mungkin rapat dengan aku sebab dia tak ramai kawan lelaki lain. Kalaupun ada mungkin Razif. Sebab Azie suka kat Razif dan Razif pun layan si Azie. Walaupun Azie dah ada boyfriend dan Razif ada banyak girlfriend yang lain.

Ehh... aku bukan nak cerita yang ini. Aku nak cerita pasal Azie call aku semalam. Dia call aku sebab dia dah nak kahwin. Lagi seratus hari, katanya.

"Awak, kita nak jemput awak datang majlis kita. Kita dah booking awak datang majlis kita tu tepat-tepat lagi seratus hari majlis tu. Kita sekarang ni asyik menghitung hari je."

Betul-betul ke lagi seratus hari, aku tak kira lah pula. Tapi majlisnya 7 Mei nanti. (5 julai hari jadi kau kan?)

Lepas aku dan Azie bertanya-tanya khabar dia tanya aku satu soalan.

"Kita dah nak kahwin bulan lima. Awak bila lagi?"
"Aku ni, makwe pun takda lagi"
"Awak ni memilih sangat kut?"
"Bukan aku yang memilih. Orang yang tak nak pilih aku. Siapa lah yang nak kahwin dengan aku. Dah la hitam, gemuk pula tu," aku bercakap dengan ikhlas dan jujur.

Tapi dia marah. Betul-betul marah sehingga menghempaskan ganggang telefonnya. Walaupun aku tak nampak, tapi aku dengar perbuatan dia tu. Sebelum dia hempaskan telefon, dia ada cakap.

"Kita tak suka awak cakap macam tu."

Kenapa dia marah sangat? Apa yang membuatkan dia betul-betul marah?

Selasa, Januari 24, 2006

METAFORA : Jom Bawa Kereta

Aku selalu bawa kereta.. tak kisah lah nak gi mana-mana pun, tapi memang aku suka bawa kereta. Dalam tak sedar, bila bawa kereta aku selalu je tengok depan. Jarang- jarang lah juga tengok kiri dan kanan.

Tapi kalau ada benda menarik tu tengok lah juga... macam accident ker.. tu pun sekejap je. Jarang-jarang juga aku tengok cermin pandang belakang atau 'side mirror' ... tu pun bila perlu je. Nak memotong ke atau nak tukar laluan.

Tapi bila aku berjalan atas landasan kehidupan ni, kenapa pulak aku asyik nak pandang belakang je? Terlalu sangat runsingkan tentang peristiwa silam. Kadang-kadang sampai buat aku jadi takut untuk melangkah kehadapan. Langkah jadi goyah dan tari hilang rentak bila dihambat kenangan yang menakutkan. Kenapa tidak aku jalani hidup ini seperti aku memandu kereta?

Pandang terus kedepan, dan pandang ke belakang sekadar mengambil panduan. Pandang kiri dan kanan mengambil iktibar dengan kejadian. Kerana kehadapan itu lah yang aku nak pergi. Destinasi aku yang sebenar. Bukan aku nak mengundur.

Wahai aku!!!!! Sedar lah..

p.s The past is past. I come for the future. And i'm the future...

Ahad, Januari 22, 2006

Resepi Istimewa : Masak Politik Seri Dunia

Hai tuan tuan dan puan puan.

Bertemu kita dalam rancangan masakan yang julung-julung kali menemui anda. Dalam rancangan ini saya akan perkenalkan kepada anda semua resepi-resepi yang terdapat di sekeliling kita. Mungkin kita jarang mendengarnya, tapi ianya wujud dalam sedar atau lena.

Pada episod kali ini saya akan perkenalkan satu resepi yang pada mulanya berasal dari barat atau orang kampung saya panggil "western food". Masakan kali ini diberi nama Masak Politik Seri Dunia. Ermm.. bunyinya pun sudah lazat bukan?

Baiklah, untuk menyediakan masakan ini, kita perlukan satu dulang. Dulang ni kalau lagi besar lagi bagus. Biasanya orang pakai dulang negeri. Kalau nak nampak lebih menarik carilah dulang parlimen. Kalau tak mampu sangat, dulang cap JKKK pun kira ok la. Baiklah, bahan utama untuk resepi ini ialah Serbuk RM, anda bolehlah tabur seberapa banyak yang anda mampu ke atas dulang tersebut. Tetapi serbuk itu harus lah ditapis menggunakan penapis kroni, kerana kita tidak mahu RM yang besar dan berketul itu jatuh ke atas dulang tadi. Pastikan ketul-ketul RM yang besar tadi ditapis oleh penapis kroni, kerana penapis kroni ini memainkan peranan penting dalam penghasilan hidangan ini.

Selepas ditabur RM, kita masukkan pula tepung rakyat yang dicincang lumat. Gaul adunan tadi. Tak kesahlah sebati ke tidak, tapi biar orang nampak anda macam menggaul sesuatu. Kalau melekat sikit-sikit pun dah kira ok. Selepas itu kita masukkan air pembangunan material, bukan air mineral tau! Tuanglah ke dalam dulang tadi bersama adunan RM dan rakyat miskin. Cuba dapatkan paras air paling tinggi. Lagi tinggi lagi bagus. Tak kesahlah kalau tepung rakyat tadi nampak lembik pun. Itu perkara biasa. Yang penting kita fokuskan paras air tadi.

Selepas itu kita masukkan beberapa ahli agama, tapi ingat, jangan ambik yang tulen. Dalam hidangan ni kita perlukan ahli agama palsu sahaja sebagai penambah perisa. Kemudian bolehlah kita masukkan ke dalam ketuhar gelombang rasuah seberapa lama yang releven. Selepas itu keluarkan dan sedia untuk dihidang. Tapi sebelum itu, ada sesetengah tempat mereka menggunakan wang ehsan sebagai hiasan kepada hidangan tadi. Tapi tak semua tempat ada wang ehsan.

Senangkan resepi kali ini.. anda bolehlah mencubanya. Biasanya orang suka buat hidangan ini 4-5 tahun sekali. tapi boleh jugak kita jadikannya hidangan setiap hari selagi masih hidup. Dah mati esok dah tak boleh makan dah.. TAK RELEVEN.

Sekian sampai bertemu lagi..

Khamis, Januari 19, 2006

Come sing-a-long to my new song, Hey!~~

hi my name is idiot,
i'm coming to your house now!
i'm coming to your house now!

unwanted and uninvited,
i'm coming in your house now!
i'm coming in your house now!

let me drop these gifts,
to put my countrymen in relief,
from the agony that i've created,
oh, i don't mind being hated.

hola! hey!

we're tearing your house down!
we're tearing your house down!

hey!hola!

hello my name is bitch,
i'm coming to your house now!
i'm coming to your house now!

my job is to satisfy my itch,
i'm coming in your house now!
i'm coming in your house now!

i stimulate lust and action,
and i decorate the night with passion,
i provoke, then you'll evoke,
but lust is useless if you're gonna have stroke!

hola!hey!

we're burning your house down!
we're burning your house down!

hey!hola!

we're burning your house down!
we're burning your house down!

HEY!HEY!



- in memory of the innocent lives killed by a U.S. airstrike while celebrating Aidiladha in the city of Bajaur, Pakistan -

Ahad, Januari 15, 2006

DARI DALAM DIRI : Bukan Tak Sudi

Setelah sekian apa yang aku harungi, tentu saja aku mahu teruskan.

Tapi aku tak boleh. Bukan tak mahu. Cubalah kalian fahamkan yang ini. Bukannya aku tak mahu tapi tak boleh! Rasa hati memanglah mahu tapi jasadku tak boleh.

Dan, tak mungkinkah ada peluang kedua untukku, nanti?

Jumaat, Januari 13, 2006

METAFORA : Percaya... pada cermin

Apa saja yang aku lihat melaluinya tidak akan memberikan bentuk yang sebenar. Kalau cermin itu cembung, jasadnya mengecil. Dan kalau cermin itu cengkung, jasadnya membesar pula.

Dan, biarlah sejernih manapun cermin itu, warnanya jasad tetap tidak pamirkan warna miliknya yang mutlak. Kerana musabab cahaya pula.

Begitu juga cermin yang disaluti perak. Pantulan imej melaluinya juga tidak akan memberikan bentuk yang sebenar. Aku pegang telinga kiri, imej aku sepertinya pegang telinga kanan pula.

"Kawan-kawan kita adalah cermin diri kita. Ahli keluarga kita juga adalah cermin diri kita. Kita akan jadi baik kalau kita berada dalam komuniti yang baik-baik"

Oohh betapa aku tidak percayakan kata-kata itu! Siapa kau yang dapat buktikan itu?

"Kau nampak kusut hari ni. Kenapa tak sikat rambut?"
"Aku tak percaya pada cermin!"

Rabu, Januari 11, 2006

METAFORA : aku mahu jadi pokok..

aku mahu jadi pokok yang tinggi. Tapi aku takut pada angin kerana tunjangku hanyalah angan. bila angan datang aku melayang layang, namun bila angin datang aku terhuyung hayang. Aku girang bila bila ada beburung bersarang, kupu kupu berterbangan dan anak anak bermain riang. Mereka melakar warna warna indah dalam episod hidupku. namun itu hanya angan.. di atas pentas dimana akulah wira dalam fantasi duniaku sendiri..

selangkah aku ke dunia yang sakit bila dicubit dan bingit bila dijerit, sedar aku yang aku hanya mampu jadi rumput. ah, elok juga jadi rumput.. tak perlu lagi gusar dengan angin dan goyangnya.. namun aku bakal diinjak orang...

Ahad, Januari 08, 2006

Raging Against the Machine

My favourite spot. Always in the middle of the train connecting the two coaches. Less crowd, more space. I assume that people can't stand the times when the train turns so they'll avoid this area. I don't mind that much though.

Look around you.

That guy near the door, wearing those thick, geeky glasses. Pointed hairdo is just so commercial, dude. What's with the half-done tie? You might as well choke yourself to death if you don't want to wear it!

You can't be more capitalist than this guy with three fucking briefcases - one would be his work, one his laptop, and the other one - I have no idea, might be his underpants.

Do you even understand what you're reading? Hardcover three times the size of Kamus Dewan in a fucking train? You got to be kidding me.

Haiya nyonya, biar benar. Jangan tolak-tolak boleh tak? Makcik ni dah la agak obese, terhimpit saya ni! Ni bakul-bakul apa ni? Why is she standing in the first place anyway? Patutla - ada sorang 'Adlin Aman Ramlie' duduk rilek je kat depan makcik ni. Bontot berat ke brade? Kalau mamat ni dua kali kecik dari badan aku dah lama aku debik. Bodoh takde kesedaran sivik!!

Wow, mamma mia ... keep staring, girl. Cute. Wearing a blue jeans and a simple t-shirt, I thought she resembles a tall Wynona Ryder in the movie Reality Bites but with a long hairdo. I'd approach you if you weren't in the next coach and there's more room for me to walk towards you in this packed train.

Or if you weren't with that guy next to you who looks too young to be your husband but too daring not to be one. What a loser.

Now there's a bunch of English tourist standing at the right exit, their accent seems English. The group of five could be in their thirties wearing casual outfit - colourful shirts with khaki pants or jeans. Now look at the left exit, a bunch of Bangladeshis. They always dressed with style I'd say - long sleeve chequered shirts tucked in neatly to their neatly pressed pants, not to mention the smartly combed hair. How their purposes of being here are in contradiction to one another - one leisurely while the other is for survival. Looking at their faces, if there's one similarity between the two right now is both might appreciate more being in the country than most of us Malaysians. The former might be attracted to the varied people making up the country, the originality of the diverse culture or their fetish might be attached to anything oriental while the latter would be thankful how they could earn a ringgit to be sent back home. Insaf la pulak, I hope I'm not taking anything for granted living in this blessed country.

Ah, here's my stop - Pasar Seni. Why la this people cannot understand to let people exit the train first before boarding in? Stupid!

"Hoi! Why the hostility?"

Khamis, Januari 05, 2006

Tiang Seri rumah Bonda

Tiang seri rumah bonda bukan sesuatu yang asing bagiku. Aku cukup kenal dengan tiang seri rumah bonda, mungkin juga dia pun kenal aku. Usia kami hampir sebaya.. rumah bonda dibina ketika aku baru saja dilahirkan ke dunia. Ayah dapat duit lebih ketika itu.. cukup lah buat rumah baru setelah sekian lama menumpang di rumah nenek... rezeki anak... kata orang..

Tika zaman kanak-kanak ku, aku sering perhatikan tiang seri itu. terlintas juga difikiran, mengapa kayu sebesar itu diletak ditengah tengah rumah. kadang kadang ada eloknya juga. apa tidaknya, kalau aku dimarahi ayah, tiang itu lah tempat aku himpitkan. bukan sembunyi, tapi aku rasa lebih selamat dan tenang sedikit sebelum ibu datang meredakan marah ayah.

Kalau atuk datang, tiang seri itu lah tempat dia bersandar.. puas bersandar, dibuka baju pagodanya menampakkan susuk kurus tubuhnya.. dia pun menggeselkan belakang ke tiang seri.. nampak asyik..

Masa kakak kawin, tiang seri itu dihias cantik. Ayah upah tukang kayu kampung aku membalut tiang seri. Hari itu tiang seri nampak betul betul cantik. Namun secantik mana tiang seri pada hari itu, tiada seorang pun yang datang memuji dan perasan akan kelainan tiang seri. setiap mata orang yang masuk melangkah kerumahku terus memandang pelamin. Sedangkan kain ropor pelamin itu diikat pada tiang seri. Ada ketika masa jurugambar mahu mengambil gambar, tiang seri jadi halangan kepada jurugambar. Jurugambar agak sukar untuk mendapat posisi terbaik untuk menangkap gambar. Dan akhirnya, gambar terpaksa diambil dengan sedikit menyerong. Dan gambar itu kini digantung di tiang seri.

Aku kini jauh di kota. Ayah juga sudah lama pergi. kakak pula mengikut suami berpindah ke luar negeri. Kini tinggallah bonda dirumah itu seorang diri dengan ditemani tiang seri. Tiang seri lah yang menyaksikan episod hidup kami. Dan kini hanya tiang seri menjadi saksi derita bonda hidup sendiri.

Isnin, Januari 02, 2006

...meransang semangat...

Buat kali pertamanya aku join Gathering Gengjurnal pada tahun ini.

Image hosted by Photobucket.com

Sebelum ni, aku join aktiviti Gengjurnal ni cuma Diablog & Lantit saja. Dan tak banyak yang aku tahu pasal Gengjurnal.

ps kepada Cik Easy - "Ini bukan alasan untuk menidakkan kelayakan untuk aku menang, haha. Nak buat 'test' tu tahun depan je la yek"

Dalam Gathering tu, aku menang anugerah yang dicalonkan. Entri 'Book-smart or street-smart' telah memenangkan aku dalam katagori 'Entri terbaik : meransang intelek'.

Aku tak pasti apakah entri ini benar-benar meransang intelek para pembaca atau tidak. Tapi yang aku pasti, ia benar-benar meransang semangat aku untuk terus menulis. Tidak hanya membataskan dalam penulisan blog saja.

ps kepada Basri & Attokz - "Juga terkesan dari perjumpaan kita dengan Fathi Aris & Hasmi Hashim."

Kesempatan ini, aku ingin nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Amyz sebab sudi hantar aku balik ke rumah dengan selamat, lepas habis majlis Gathering tu.

Juga kepada pembaca-pembaca semua!

Tambahan : Dalam sisipan Berita Harian - Ikon