Rabu, September 27, 2006

Tak perlu ada hero

Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kadang-kadang, tak perlukan seorang hero muncul. Dan orang Malaysia terutama orang bandar amat maklum tentang perkara itu.

Beberapa hari sebelum puasa, aku lepak dengan Esis di restoren NZ di Wangsa Maju. Saja. Minum-minum.

Sedang borak-borak sambil minum dan makan, tiba-tiba ada orang bergaduh di belakang meja kami. Tag-team. Dua orang lelaki mendakwa mereka ditipu oleh seorang perempuan yang ditemani oleh seorang lelaki. Bermula dengan cakap-cakap, kemudian tengking menengking dan seterusnya meja terbalik dan beberapa gelas dan pinggan pecah. Makan bertaburan.

Keadaan menjadi kecoh. Tapi kecoh antara mereka berempat saja. Yang lain-lain? Hanya perhati. Aku dan Esis juga hanya memerhati. Sesiapa pun tak mahu menjadi hero untuk meleraikan pertikaian tersebut.

Dan pertikaian itu terlerai sendiri. Tanpa seorangpun dari kami yang tampil menjadi hero. Pertikaian seperti itu tak perlu ada hero. Dan orang Malaysia terutama orang bandar amat maklum tentang perkara itu.

Termasuklah kalau ada kemalangan di jalanraya?

Emm patutlah!

Ahad, September 24, 2006

Adeh!

[Terawih mula ini hari. Tatkala qariah surau menyapa, "lama tak nampak?" senyumlah. Dia ikhlas rindukan kau. Tiada niat nak menyindir. (no hp tokrimau yg baru)]

Aku dapat SMS dari Tok Rimau, malam tadi. Dan aku jadikan entri (tanpa kebenaran) hari ini.

Ahad, September 17, 2006

Nun Di Abadi Sakti VI

Katakan padaku
Apa yang kau rasakan
Bilaku berada disampingmu, Sayang?

Rabu, September 13, 2006

Belated Merdeka Celebration Special: Lower Down the Union Jack!

My country is free
We are living happily

1511 the Portugese invaded
for our herbs and spices
The Dutch played their part
creating history of fart

Japanese banzai
'Rockets in the sky!'
and resistance were grand
When the Brits took our lands

But now
My country is free
I am living happily

Now the Portuguese are back
with our herbs and spices
but not with their commandos
have you eaten Nando's?

and I am
Working with an American firm
Driving Japanase car
Die-hard fan of British football
Shopping in Dutch hypermarket

but nevermind that
because my country is free
and we are living happily

Khamis, September 07, 2006

DARI DALAM DIRI : Dalam bodoh ada pandai tersendiri

Memang mudah untuk mengaku bodoh (tidak tahu - naif), walaupun kita tahu akan sesuatu.

Dan sesungguhnya amat sukar sekiranya kita mengaku tahu, walaupun hakikat sebenarnya kita tak tahu menahu akan sesuatu. Kerana akan menjadi rujukan dari masa ke semasa tentang perkara yang kononnya kita tahu itu.

Dengan itu, menyebabkan hidup kita akan menjadi lebih sibuk dari yang sepatutnya. Kerana kalau kita menipu sekali, sudah tentu kita akan terus menerus menipu untuk menutup ketidaktahuan kita yang sudah diisytiharkan sebagai tahu.

Oleh itu, jangan menipu!

Kalau bodoh mengaku saja bodoh.

Benarlah kata-kata Sanisudin suatu masa dulu, "Dalam pandai ada bodoh yang tersembunyi, dalam bodoh ada pandai yang tersendiri"

Jadi, mahu mengaku kita ini bodoh (buat-buat bodoh) atau mengaku kita ini pandai (tapi bodoh)?

Selasa, September 05, 2006

Semi-pro & Rock di Funfair (2)

Zaman kecemerlangan muzik rock dan bola sepak tempatan adalah lewat 80-an. (Siapa yang tidak bersetuju, harap dapat mengkongsikan pendapat). Tetapi muzik rock masih mendapat sambutan hangat ketika ini (semula!). Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan konsert Malindo yang lepas. (Walaupun mungkin faktor band-band dari Indonesia, tetapi mereka juga rock!)

Tetapi fenomena bolasepak tempatan adalah sesuatu yang tidaklah boleh dibanggakan. (langsung tidak!)

Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Apakah kerana duit?

Gaji minimum para pemain bola tempatan adalah RM 2,000. Kalau pandai mengelecek bola (dan membodek manager) gaji akan berlipat ganda sehingga puluhan ringgit.

Sedangkan bayaran kepada seorang penggiat seni?

"Seorang anak seni berjuang kerana seni. Kami bukan berkarya kerana duit!"

Hahaha. Syabas! Kerana duit juga para penggiat muzik rock tetap maintain bermain muzik (untuk sesuap nasi & sebatang rokok!)

Jadi, punca kemerosotan bola sepak negara adalah kerana duit? Apakah kerana kesalahan kerajaan yang melaburkan duit terhadap pembangunan bolasepak? Atau sikap tamak (benarkah mereka tamak?) para pemimpin persatuan sukan? Atau, apakah juga kerana sikap materialis para pemain?

Isnin, September 04, 2006

Semi-pro & Rock di Funfair

Tahun 80-an adalah tahun yang paling best dalam hidup! Sekurang-kurangnya best untuk aku. Orang lain aku tak tahu.

Sekarang ini, menonton perlawanan bolasepak di stadium tidak lagi menjadi ritual yang mesti dilakukan oleh anak-anak muda di Malaysia, terutama kita yang tinggal di bandar-bandar besar. Kita lebih berminat menonton perlawanan yang melibatkan pasukan kelab liga Inggeris.

Selain itu, saya juga tidak berminat menonton konsert-konsert percuma seperti Jom Heboh dan Pesta Hurra. Walaupun ketika era 80-an tersebut saya sanggup membayar tiket untuk menyaksikan band-band rock beraksi di pentas-pentas funfair dan juga ekspo.

Sekarang ini budaya menonton bola sepak & menonton konsert rock bukanlah menjadi amalan yang boleh dianggap ritual anak muda.

Bagaimanapun fenomena rock tetap berterusan sehingga kini walaupun tetap ada zaman pasang surutnya. Tetapi kena fenomena bolasepak tempatan merundum jatuh?

Jumaat, September 01, 2006

Kisah karut marut I

Cerita karut marut!

Cerita ini ntah cerita betul atau direka-reka? Aku tak tahu.

Karut dan Marut adalah empunya nama kepada dua malaikat yang dijadikan oleh Allah. Mereka tinggal dan menjalankan kehidupan seperti mana khalayak malaikat yang lain. Oleh kerena diciptakan dari cahaya yang tidak mempunyai nafsu dan akal, mereka menurut saja apa yang diperintahkan. Itu lumrah mereka.

Setelah bertahun-tahun bani Adam menjalankan kehidupan manusia di dunia, berlakulah bermacam-macam kerosakan dan kezaliman. Lumrah manusia tidak sama dengan lumrah malaikat.

Tetapi tertanya-tanyalah dua malaikat Karut dan Marut ini akan gelagat manusia.

"Kenapa susah benar berlaku baik? Setiap yang tentu saja ada buruknya. Dan setiap yang buruk terselit juga akan kebaikan. Kenapa tidak ada yang baik keseluruhannya?"

Ditanya mereka sesama sendiri dan cuba mencari asbab musabab. Lalu bertanya kepada mereka kepada Allah akan sebab-sebab lumrah manusia ini dan kemudiannya Allah menawarkan kepada mereka untuk menjalankan kehidupan di tengah khalayak manusia.

Lalu mereka menerima tawaran ini. Dan tinggallah mereka di dunia.

(bersambung...)