Hantukkan kepala ke dinding
Bila kepala pening
Ku mamah biji kopi
Tertekan tidak terperi
Apa ubat mengantuk?
Ku tak rela terlena
Aku mahu berjaga
Kerja bertimbun
Berhenti mengelamun!
Apa ubat mengantuk?
Gula-gula manis rasanya
Orang kata pembuka mata!
Ku rasa rimas dan lemas
Basahkan tubuh segarkan nafas
Apa ubat mengantuk?
"Hoi Saudara mengapa bersusah payah?
Pipimu merah mata merekah!
Tinggalkan timbunan itu
Pergi diam dalam kamarmu
Penawarnya hanya satu
Tidur dalam kelambu!"
Rabu, November 29, 2006
Selasa, November 14, 2006
DRAMA DUA BABAK : Kaya atau Miskin?
Babak Satu : mengaku kaya
Uncle Pegawai Bank : Berapa gaji awak? Apa barang yang nak dicagarkan?
Kadok : Gaji saya lima ribu. Saya ada kereta, ada rumah, ada tanah. Saya nak pinjam sebab nak luaskan perniagaan saya.
Babak Dua : mengaku miskin
Aunty Income tax : Berapa gaji awak ni? Ada lain-lain pendapatan?
Kadok : Gaji saya seribu lebih je. Rumah duduk sekali ngan mak bapak. Saya nak motor je gi keje. Kalau saya naik gaji, saya akan bayar.
Agak-agaknya, apa yang akan terjadi kepada Kaduk sebab sebenarnya Uncle Pegawai Bank & Aunty Income tax tu adalah bakal makbapak mertua dia?
Kalau korang, nak coverline macamana?

Jumaat, November 10, 2006
DARI DALAM DIRI : gemuk & malas?
Bila orang kata semua orang gemuk itu pemalas, memang aku marah. Sebab walaupun aku gemuk, aku jenis workahalic. (tak perlu aku nyatakan bukti...)
Tapi Kau memang pemalas!
Memang waktu lunch habis sampai pukul 2.30 hari ni. Tapi takkan nak tunggu pukul 2.30 baru kau nak mula buat kerja?
"Kak, minta chop?" Despatch dari DHL.
"Tunggu pukul dua setengah! Sekarang time lunch," Kau.
"Shima, You dah check statement yang I bagi semalam?" Boss.
"Tunggu pukul dua setengah! Sekarang time lunch," Kau.
"Dari semalam saya bagi tak siap lagi?" Boss
"Belum Boss, tengah buat tadi, lepas dua setengah nanti baru saya sambung."Kau.
Tapi bila dah pukul 2.30, kau masih bergayut di telefon (phone office pulak tu). Pukul 4.00 dah kemas-kemas nak balik (walaupun waktu balik pukul 5.15).
Dah la tangan berbulu lebat macam Bengali!
Dasar Kau tu Perempuan Gemuk yang pemalas!

Rabu, November 08, 2006
DRAMA SEBABAK : cinta raga atau jiwa?
Set : Majlis 'Open House' Eidulfitri
Awek : makan lah. biskut ni mak yang buat.
Balak : yang mana satu yang awak buat?
Awek : saya tak reti buat biskut, cuma saya reti makan je.
Balak : awak setakat reti je, saya pulak pakar makan.
Awek : hihi. apa la awak ni. sebab tu yang awak gemuk
Balak : awak tak suka?
Awek : isskk.. saya sayangkan awak..

Jumaat, November 03, 2006
pokok yang kurang zat
Bila 'Abang Ipar' aku buka cerita
pasal pengalaman dia di Kuantan,
tetiba juga aku teringat
pengalaman aku di Jengka, Pahang.
Pengalaman 'Abang Ipar' aku tu
tak sama ngan pengalaman aku ni
sipi-sipi pun bukan.
Cuma tiba-tiba teringat.
Mungkin sebab kami sama-sama
pernah belajar dengan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pernah dalam satu kelas,
dalam bulan Syawal juga
Ustaz Tuan pernah cerita
pasal orang kampung dia.
Adalah seorang Tua ni yang 'bijak' matematik
tapi bodoh dalam 'perkiraan'
[pandai dalam kira-kira tapi bodoh dalam berkira-kira]
Orang Tua ni tak pernah puasa
walaupun sehari dalam bulan Ramadhan
puasa-puasa sunat
dalam bulan-bulan lain
apatah lagi?
Sebabnya
dia hanya berpuasa
enam hari
dalam bulan Syawal semata-mata.
"Puasa enam hari,
sama macam puasa
sepanjang tahun."
Bukankah sebenarnya hadis,
menyatakan berpuasa penuh
dalam bulan Ramadhan
diikuti dengan enam hari
dalam bulan Syawal,
ganjarannya seperti
berpuasa sepanjang tahun?

Rabu, November 01, 2006
DRAMA DUA BABAK : Jodoh & Ajal
Babak Satu : Saat gembira - majlis kawin, hari raya & lain-lain
Orang-orang tua : Kau ni bila lagi nak kawin? Dah besar panjang dah ni. Kawan kau ni dah kawin dah.
Orang muda : Insya Allah bila dah sampai jodoh.
Babak Dua : Saat sedih - kenduri mati, lawat di hospital & lain-lain
Orang-orang muda : Pakcik bila nak mati? Dah tua bangka dah. Kawan pakcik ni dah mati dah ni.
Orang tua : Insya Allah bila dah sampai ajal.
p.s pernah korang alami babak kedua? aku pernah!

Langgan:
Catatan (Atom)