Isnin, April 23, 2007

DRAMA DUA BABAK : Yin & Ayah Pin

Babak satu : Yin

Yin budak kecil. Yin hilang sebab dia tak reti jalan. Yin sesat.

Tapi Yin sudah ditemui.


Babak dua : Ayah Pin

Ayah Pin dah tua bangka. Ayah Pin menghilangkan diri sebab pandai sangat berjalan. Namun Ayah Pin tetap sesat.

Tapi di manakah Ayah Pin?

Khamis, April 19, 2007

"Sayalah Gusti, yang paling kaya"

Kalian ada kawan yang kaya? Maksud aku yang betul-betul kaya!

Tak kiralah kaya sebab family dia bagus dalam bisnes, atau sebab family kerabat diraja atau family dia ahli politik. Yang penting dia kaya walaupun sebenarnya family dia yang kaya. Tak apa, yang penting dia juga dapat serpihan kekayaan tersebut.

Jadi, kalian ada kawan yang betul-betul kaya?

Aku ada seorang. Rakan sekerja, tapi dia berpejabat di Indonesia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Namanya, Gusti Very Wealthy!

Rabu, April 18, 2007

Tanda-tanda waktu pilihanraya dah hampir tiba

Awas, terutama pengundi di Ijok. Kalian akan dengar berulangkali tentang indeks komposit yang telah mencecah sehingga 1300 unit semalam. Iaitu paling tinggi semenjak sekian lama. Tapi benarkah ekonomi negera sedang berkembang secara positif?

Tanda-tanda lain, terutama untuk kami di Ampang. Tiga masjid baru akan dibina dalam masa terdekat ini. Satu di Taman Kosas, Ampang. Dua di Bandar Baru Ampang. Dan tiga di Kg Lembah Jaya Utara.

Lagi? Stembroll (entah apa ejaan sebenarnya?) dah mula parking sejak pagi tadi di Taman Ampang Indah. Mungkin kerja-kerja penambahbaikan jalan-jalan di sekitar Taman Ampang Indah & Taman Bukit Indah akan dimulakan hari ini.

Semuanya untuk kesenangan kita kan?

Khamis, April 05, 2007

Bantuan boleh datang dari sumber yang tidak disangka-sangka

Aku yang terakhir. Malah tali terlurut, tidak lagi meliliti badan aku. Kami benar-benar hampir kalah.









Tapi ntah dari mana. Ada yang membantu.











Bukan seorang. Malah dua orang!











Keputusannya. Kami mendapat johan dalam pertandingan tersebut.










Maka, benarlah, bantuan boleh datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.