Khamis, Disember 31, 2009

Amin dan Salam

Wa'idz dah semakin bijak. Dia boleh respon melalui apa yang kita cakap dan buat.

Dan aku hairan kenapa ada orang dewasa yang nak bersalaman dengan Wa'idz akan menyebut "Amin"?

Bagi aku, salam adalah salam iaitu berjabat tangan. Amin adalah amin, kalaupun nak mengajar Wa'idz berdoa.

Ahad, Disember 13, 2009

Leka dalam solat

Aku akui, aku memang terleka ketika solat isya' di surau semalam. Aku sendiri tak pasti ketika Imam Arsyad memberi salam, sebenarnya dalam rakaat ketiga.

Yang pelik, apakah semua kedua-dua saf makmum itu terleka seperti aku dan Imam Arsyad?

Aku syak, ada yang dah sedar tetapi tak tahu bagaimana yang menegur imam ketika imam buat salah. Buktinya, habis saja imam memberi salam dan semua makmum memberi salam, beberapa pakcik yang solatnya tadi berhampiran benar dengan imam, memberitahu yang sebentar tadi solat isya' mereka hanya tiga rakaat.

Melentinglah Imam Arsyad. "Kenapa tak beritahu? Sepatutnya beritahu sebelum saya bercakap ni"

Makmum lain senyap. Juga senyap adalah Imam Aman yang menjadi makmum yang betul-betul belakang imam.

Seterusnya, kami solat isya' sekali lagi dengan empat rakaat.

Ironi sungguh dengan keadaan realitinya, kan?

Sekarang menegur ulil amri bukan main lantang. Dan yang ta'at tu bukan main taatnya hingga tak kena tempat.

Jumaat, Disember 04, 2009

DARI DALAM DIRI : Lesu dan Kaku

Dihimpit rasa kesal
walaupun sepatutnya tidak
Kekadang seronok
kerana inilah dihajatkan
Dihimpit beban
sehingga lesu
Di mana dia?
Sedang kaku dan bisu?
Inilah akibat
lupakan Tuhan, Tuhan dah lupakan.

Ini saat perlunya berubah
tidak tangguh lagi
Tuhan
jangan lupakan aku
berikan kesenangan
dan kelapangan
juga peluang
Tak mahu lagi
lesu dan kaku