Antara kesalahan sosial yang aku lakukan adalah membotakkan kepala pada waktu yang sangat hampir dengan perayaan Thaipusam!
Memang sejak dari kecil, sampai satu-satu masa aku akan membotakkan kepala. Biasanya aku akan botakkan kepala apabila fikiran sudah serabut dan buntu. Aku botakkan kepala tidak sampai tahap mencukur tetapi sekadar potongan paling pendek persis askar yang baru direkrut.
Pada suatu petang ketika aku dalam tingkatan satu, aku membotakkan kepala beberapa hari sebelum perayaan Thaipusam pada tahun itu. Dan sangat memberikan kesan emosi yang teruk kepadaku.
"Belum hari Thaipusam kau dah botak dah?"
"Berapa banyak kelapa yang kau pecahkan?"
"Berat tak kavadi?"
"Kau pun cucuk-cucuk juga? Sakit tak?"
Semua soalan-soalan diatas adalah soalan sinis kerana mereka semua tau yang aku beragama Islam!
Jadi sejak itu, sebelum aku botakkan kepala, aku akan pastikan tarikh perayaan Thaipusam adalah jauh sekurang-kurangnya dua bulan.
Namun selepas itu, kesan emosi yang lain pula yang aku terima. Dan kali ini aku pula yang mengharapkan ia menjadi kenyataan dan aku benar-benar impikannya.
"Bila kau balik dari umrah? Tak tau pun"