Selasa, Mac 15, 2005

Kenapa harus minta maaf?

Pagi semalam aku sampai di pejabat agak lewat. Dan waktu aku hendak ke pejabat yang berada di tingkat tertinggi bangunan, aku haruslah melalui beberapa pintu pejabat-pajabat yang lain.

Sampai di tingkat dua, aku terhenti. Ada melihat ada gugusan anak-anak kunci masih di lubang kunci pintu grill. Sambil aku mencapai anak-anak kunci itu, penyambut tetamu syarikat itu melihat aku. Mungkin dia pelik kenapa aku berhenti di depan pejabatnya kerana aku memang tak pernah sekalipun berhenti di depan pejabatnya dan hanya kadang-kadang sahaja aku menjeling ke arahnya.

Dia masih memandang ke arahku. Sambil itu aku ambil anak-anak kunci itu dan tunjukkan kepadanya. Dia agak terperanjat dan terus berlari dan menerpa ke arahku.

Haha... tak pernah seumur hidup seorang perempuan lebih-lebih lagi perempuan cantik berbuat begitu pada ku. Panik juga. Haha.

"Minta maaf ye. Saya terlupa pagi tadi" Katanya manja sambil mewatakkan sebagai seorang pesalah.

Minta maaf? Bukankah sepatutnya dia hanya patut berterima kasih. Kenapa harus minta maaf?

Ahad, Mac 06, 2005

Hutang PTPTN

ISU
Heboh baru-baru ini pasal pelajar-pelajar yang berhutang dengan PTPTN.

ARAHAN
Pelajar-pelajar ini harus membayar semula hutang-hutang.

PENGLIBATAN
Aku juga terlibat secara langsung dalam isu ini kerana aku juga dapat pinjaman ini semasa diploma dan semasa ijazah. Lebih menarik, aku masih mendapat wang pinjaman walaupun aku dah tamat belajar. So, dalam enam bulan pertama aku menganggur, aku masih dapat duit dari PTPTN.

ALASAN
Bukan aku tak nak bayar langsung. Bukan aku buat-buat lupa pasal hutang. Tapi aku percaya dengan apa yang AyahLong cakap. Kenapa aku percaya-kerana dia pakcik aku dan dia ramai kawan yang bekerja di pejabat kerajaan. Apa yang dia kata-kerajaan memang nak bagi free je duit PTPTN ni. Tapi taknak bagi tau kat rakyat umum. Ehh.. silap, nak bagi free kat pelajar bumiputra je. Pelajar lain yang bukan taraf bumiputra terutama kolej atau universiti swasta, akan mendapat surat secara rasmi diminta membayar balik duit pinjaman. Bagi pelajar bumiputra yang nak bayar, boleh bayar.

KESINAMBUNGAN
Aku masih percaya kata-kata AyahLong kerana waktu AyahLong bagitau aku tu waktu aku tahun akhir diploma. So waktu ijazah aku terus minta lagi. Bila dah tamat belajar pun masih dapat duit. Itu mungkin cerita lain-untungduyung! Tapi kawan-kawan lain walaupun tak dapat duit (lagi), mereka tak dapat surat untuk bayar balik. Malah kawan-kawan diploma yang tak sambung ijazah pun tak dapat surat suruh bayar balik. Jadi, kata-kata AyahLong masih ku simpan kemas, sehingga timbul isu pembayaran balik wang PTPTN ni.

HUKUM
Setiap hutang wajib dijelaskan. Walaupun ditakdirkan mati syahid, masih tak dapat masuk syurga selagi hutang tidak dijelaskan.

KESIMPULAN
Aku nak bayar hutang ni. Tapi kenapa taknak ikut procedur yang betul? Kalau nak suruh bayar, hantar surat atau lain-lain cara peringatan. Tapi kalau tak kisah hal ni, apa pasal kecoh tiba-tiba? Apakah ada agenda politiknya? Apakah yang mahu media lakukan?

Jumaat, Februari 25, 2005

Ayam mematuk Itik menyudu

Minggu lepas, lepas balik dari jalan-jalan di Putrajaya, aku tolong Bapak aku hantar barang ke rumah salah seorang customer. Tetiba aku terjatuh akibat tergelincir dan tong gas mehempap kaki. Kakiku bengkak. Mujur Bondaku urut. Kurang sikit pedih dan perit.

Nasihat dari Bonda - "Jangan duduk saja. Berlatih jalan."
Nasihat dari Bapak - "Jangan banyak jalan. Rehat saja."

Alamak. Mana satu nak ikut ni? Itulah susahnya kalau ayam berkahwin dengan itik. Anak jadi keliru nak makan mematuk ke menyudu?

Jumaat, Februari 18, 2005

yang dulu didahulukan!

"First think first"
"Huh. Bukan first thing first?"
"Ntah? first think first salah ke?"
"Biarlah apa pun... kita siapkan ni dulu. Yang dulu, didahulukan!"

Ahad, Februari 13, 2005

Tuan doktor... doktor kerajaan ke swasta?

Sori kepada sesiapa yang akan tersinggung. Bukan nak cari gaduh. Tapi nak cari kebenaran, kalau boleh. Apa beza antara doktor yang bekerja di hospital kerajaan dan di hopital swasta atau yang berkerja membuka klinik sendiri?

Gaji! Mana yang lebih tinggi? Mungkin swasta lebih tinggi. Kalau dah buka klinik sendiri lebih lagi memikirkan tentang untung. Kerja di hospital atau poliklinik kerajaan? "Saya bekerja ikhlas, bantu orang susah." Boleh percaya ke? Terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau dia ikhlas, di mana-mana pun ikhlas kan?

Soal gaji tak penting untuk aku sebab aku bukannya lulusan kedoktoran atau perubatan. Sebenarnya yang menjadi persoalan dan tanda tanya dalam kotak fikiran aku ialah yang berkaitan dengan penerimaan terhadap penyakit dan pesakit.

Apa yang aku fikirkan begini. Para doktor di hospital swasta lebih suka para pesakitnya mendapat penyakit. Lagi ramai pesakit, lagi banyak duit boleh dapat. Lagi lama pesakit di sini lagi banyak boleh di 'charge kan. Biarkan pesakit itu duduk lama-lama dalam hospital.

Tetapi lain pula di hospital kerajaan. Lagi banyak pesakit datang, lagi kerja yang dilakukan, lagi banyak beban. Biarlah pesakit ni cepat balik.

Betul ke apa yang aku fikirkan ni?

Isnin, Februari 07, 2005

Wang syiling & lain-lain cerita

"Ala bang.. takde duit kecil ke? Baru bukak je gerai ni. Abang ada syiling?"
"Dey tambi.. syiling tarak ka? Angkat lain barang la, kasi cukup-cukup kira. Ini gula-gula ka?"
"Semua sekali sepuluh ringgit lima puluh sen. Lima puluh sen ada?

Ini adalah sebahagian dialog antara peniaga-peniaga dan pelanggannya. Situasi ini dapat kita kutip dari pasar malam, restoren, gerai makan, kedai runcit dan lain-lain tempat lagi yang berurusniaga menggunakan syiling. Dalam keadaan tertentu, tentu sahaja kita akan dengar dialog seperti ini.

"Tukar dulu kat kedai lain boleh tak? Nanti datang balik sini, bayar."
"Jangan berlagak, dua ringgit punya barang pun bagi duit note besar ke?"
"Takde duit kecik ke? Ingat ini bank ke?"

Bila berlaku situasi ini nak salahkan siapa? Nak salahkan peniaga tidak menyediakan yang tukar, atau salah pembeli yang tidak mahu menggunakan wang syiling dalam urusniaga.
Jadi di mana tempat untuk kita menukar duit syiling? Mungkin sekarang sudah ada mesin penukaran syiling. Setiap ringgit yang ditukar, dikena upah sekian-kian harga. Tapi ramai peniaga-peniaga ini merujuk kepada bank sebagai tempat tukaran syiling.

Tetapi baru-baru ini situasi berlaku kepada saya. Di Maybank Pandan Indah-Maxisegar.
"Nak buka account baru kena bayar dulu lima belas ringgit, bayaran untuk kita check dengan suruhanjaya syarikat" Saya hulur yang lima puluh ringgit. "Duit kecil takde ke?" Saya terus menjawap "Dalam bank takde duit kecil ke? Ingatkan kedai runcit je takde duit kecik"

Yang kedua juga berlaku di Pandan Indah. Kali ini bank Alliance Bank.
"Ini account outstation, kena bayar commision." "Berapa ringgit?" "One fifty" "Ada fifty cent? Senang kira."

Saya terpinga-pinga. Kalau di bank pun masih nak minta duit syiling, di mana tempatnya yang dah tentu orang takkan mempersoalkan wang kecil? Dari ramai-ramai kawan aku memberi respon, mereka kata di plaza tol. betul ke?

Selasa, Februari 01, 2005

dikendong & dikejar

hampa.... yang dikejar sudah terlepas lari dan hilang dari pandangan.
mujur yang dikendong masih di kantung walaupun hampir tercicir.... syukur.