Jumaat, Ogos 18, 2006

Khamis, Ogos 17, 2006

Nun di abadi sakti IV

Hidup ni macam main Monopoli.

Bila sudah sampai giliran, mahu atau tidak mahu, tetap kena baling dadu.

Isnin, Ogos 14, 2006

Masuk TV

Budaya ghairah menonton diri sendiri bukan budaya baru. Kerana itu ramai budak-budak bodoh yang merakam aksi bogel mereka melalui video-camera dan kamera handphone.

Selain orang bodoh, marga biasa termasuk orang bijak pandai juga sebenarnya akan terpesona untuk melihat diri sendiri. Walaupun kita bukan fotogenik, kita sebenarnya akan teransang untuk melihat semula wajah kita yang telah dirakam.

Bukan saja melihat wajah dalam bentuk visual, dalam bentuk teks juga sama. Tanyalah kepada penulis-penulis yang telah menghantarkan esei-esei karangan mereka kepada editorial. Apabila editor sudah beritahu bahawa eseinya sudah diterbitkan, tentu dia akan selak majalah itu untuk membaca karyanya sendiri. Mengapa ini terjadi? Bukankah esei itu dia sendiri yang mengarangnya, kenapa mahu dibaca lagi?

Jawapannya (mungkin!) ialah kerana kita akan terpesona apabila melihat diri sendiri.

Kerana itu saya tak heran bila Menteri Kerja Raya dan Menteri Kesihatan menyelesaikan masalah mereka melalui televisyen, tidak dengan menyelesaikannya dalam rundingan meja bulat.

Begitu juga dengan Orang Nombor Satu dan bekas Bosnya. Begitu jugalah dengan yang lain-lain.

Mereka yang bijak pandai ini tidak terlepas dari rasa terpesona apabila menonton wajah sendiri di berita TV, agaknya.

Khamis, Ogos 10, 2006

Nun di Abadi Sakti III

Cinta boleh dipupuk, tapi tak boleh dipaksa!

Aku tak memaksa kau cintakan aku. Tapi aku boleh untuk memupuk cintakan dia.

Isnin, Ogos 07, 2006

Anak, kera dan susu

Anak kera di hutan disusukan,
Anak sendiri di rumah kelaparan.

Photobucket - Video and Image Hosting
(sekadar gambar hiasan)

Siapa anak. entah?
Siapa kera, entah?
Apa susunya, entah?

Jumaat, Ogos 04, 2006

Nun di Abadi Sakti II

Semakin jauh aku merenung tentang diri.

Semakin dekat rasa kasih di hati.

Khamis, Ogos 03, 2006

DARI DALAM DIRI : Menikmati kematian?

Kau mati dibunuh orang, atau kau mati dengan membunuh diri sendiri?

Sampai bila kau mahu menikmati kematian ini. Dan apakah ini jalan yang kau fikirkan betul, sekurang-kurangnya buat masa ini? Kalau ya, terserah.