Selasa, Februari 13, 2007

"Innama akmaalu binniat"

Setiap perbuatan perlulah disertakan dengan niat, atau dimulakan dengan niat. Kalau dengan niat sahaja tanpa memulakan atau melaksanakan perbuatan itu, perbuatan itu belum lagi dikira perbuatan.

Begitulah juga dengan azam awal tahun. Kalau setakat azam tapi tak berusaha untuk tuntaskan apa yang diazamkan, serupalah dengan golongan 'sembahyang hanya dengan niat' (apa nama golongan tu?).

Dan dalam masa tak sampai 100 hari, kita (terutama sahabat-sahabat kita yang Cina-Islam) akan berpeluang untuk memasang azam untuk tahun baru (lagi).

Bermula dengan tahun baru masihi, kemudian tahun baru hijrah, seterusnya beberapa hari akan datang ini pula, sahabat-sahabat kita yang Cina-Islam ini akan menyambut tahun baru Cina pula.

Kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat tahun baru Cina" kepada sahabat-sahabat Cina-Islam aku terutama Ustaz Ann Wan Seng (Perkim), Ustaz Daniel Lim (Perkim), Riaz (Macma), Hajah Maswani Chong (Macma), Ustaz Ali A.C. Din (Perkim) dan seterusnya semua peserta-peserta 'Ijtimak Tahunan Saudara Baru Wilayah Persekutuan 2006' yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson baru-baru ini.

Jumaat, Februari 09, 2007

RALAT : berkenaan entri sebelum ini

Sebenarnya bukanlah aku mahu rogol sesiapa (terutama mereka yang dalam gambar tersebut). Tapi kata-kata itu timbul kerana kekecewaan yang telah aku alami baru-baru ini.

Hidup aku memang membosankan!

Sejak akhir-akhir ini, telah ramai 'calon-calon' menantu mak bapak aku telah dipersembahkan kepada aku. Sama ada tunjuk gambar atau cerita-cerita sahaja yang aku dapat. Aku tak lihat sendiri 'calon-calon' itu. Tapi aku tak kisah.

Kerana bagi aku, cinta boleh dipupuk!

Tetapi yang menjadi masalah ialah, yang mana satu yang bapak aku berkenan, mak aku tak suka. Dan bila mana mak aku dah berkenan, bapak aku pula yang tak suka. Biasalah, memang dari dulu pun macam tu.

Umur aku bukan makin muda dan aku rasa aku dah bersedia sekarang.

Tetapi bagaimana aku mahu terteruskan kalau begini sikap mak bapak aku? Kerana itu aku katakan bahawa "Jangan salahkan aku kalau aku jadi perogol". Bukankah itu adalah fitrah bagi setiap manusia?

Kerana itu aku sudah membuat keputusan. Aku hanya akan berkahwin bila salah seorang dari mak bapak aku dah mati nanti. Siapa yang masih hidup, aku ikut pilihannya. Kalau dua-dua mati lagi senang.

Sebab pilihan hati aku ada dalam gambar tu. Cuba teka yang mana satu...

Jumaat, Februari 02, 2007

Selasa, Januari 30, 2007

Dunia semakin tenat, mbah

Photobucket - Video and Image Hosting

Kalau bersempatan, kalian harus pergi

Khamis, Januari 25, 2007

Khamis, Disember 28, 2006

Inzalkah Amarahmu?

Aku harap aku belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut hari Natal kepada umat Melayu yang menyambutnya.

Apa? Bersalah kerana meraikan perayaan agama lain walau hanya mengucapkannya? Lebih-lebih lagi kepada melayu-melayu yang bukan lagi Islam, begitu?

Tapi kalau membantu melayu-melayu ini mengisi borang pertukaran agama, tak apa? Membantu mereka dalam urusan saman-menyaman pentadbir agama kerana menghalang mereka tukar agama, tak apa? Tak mahu menggubal undang-undang supaya mereka tidak sewenang-wenangnya tukar agama, tak apa?

Kalau begitu, aku minta maaf.

Dan seharusnya aku mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban, kan? Jadi aku ingin mengucapkan selamat hari raya Eidil Adha kepada semua umat Nabi Muhammad, umat Nabi Isa (kalau menyambutnya) & umat Nabi Ibrahim (kalau masih hidup).

Selamat melaksanakan ibadah korban - apa saja pengorbanan - kepada semua. Dan selamat mengorbankan dara kepada penganut Hedonisme-Islami pada hari-hari tasyrik nanti.

Jumaat, Disember 15, 2006

DARI DALAM DIRI : Aku rindu untuk membencimu

Berulangkali
bukan pertama kali
atau kali kedua

Ketika dia mahu kembali
kau akan menyusul serta

Dan ketika itu juga
aku menjadi edan
untuk menanti kehadirannya

kerana kau dan dia
pasti datang berdua
aku menjadi edan
dan merindui mu
sekali-sekala

Namun tak lama
hanya seketika cuma
kerana aku pasti
akan membencimu

Aku tidak menyalahkanmu
kerana aku yang malas
untuk coret pada helaian-helaianmu,
sebuah diari!