Isnin, Julai 02, 2007

Selasa, Jun 26, 2007

Hahaha

"Dah panjang dah rambut kau"
"Iye?"
"Tak nak potong ke?"
"Tak"
"Kenapa?"
"Tribute to Loga Alleycats!"

Isnin, Jun 25, 2007

Pemanisan daarraahhh...

"Mamak juga ke?"
"Tak"
"Melayu?"
"Ya"
"Nak juga Mak Bapak kau dengan orang melayu yek?"
"al-Hamdulillah"

Khamis, Jun 21, 2007

DRAMA DUA BABAK : Sukan di Malaysia

Babak Satu : Badminton

Tempat ke-enam. "Kami puas hati".


Babak Dua : Bola Sepak

Menang 6-0. "Kami resah".

Ahad, Jun 03, 2007

Rabitah

Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini,
berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia,
untuk mendaulat & menyokong syariatMu,
maka eratkanlah ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang sebenar.

Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya
RabbaniMu yang tak kunjung padam,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu,
suburkan hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki.

Jika Engkau takdirkan kami mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong.

Ya ALLAH, perkenankanlah segala permintaan kami ini,
Restuilah Rasul kami, Muhammad dan seluruh keluarga baginda,
serta seluruh sahabat-sahabatnya.

Amiin.

Isnin, Mei 14, 2007

DRAMA DUA BABAK : Pra sekolah & Rumah Kebajikan

Babak Satu
Nenek : Kau nak hantar ke mana cucu mak ni?
Mak : Taska. Senang Mak. Semua diorang jaga. Makan minum. ABC alif ba ta 123 semua diorang ajar.

Babak Dua
Cicit : Mak nak hantar ke mana nenek ni?
Cucu : Rumah kebajikan. Senang Nak. Sakit pening ilmu agama semua diorang ada sediakan.

Selasa, Mei 08, 2007

DRAMA DUA BABAK : Mulut & Hati

Babak Satu : Lelaki

Mulutnya di hati.
Pendam saja apa yang terbuku di dalam hati. Hanya bercakap dalam hati.


Babak Dua : Wanita

Hatinya di mulut.
Cakap saja apa yang terdetik di dalam hati. Cakap sampai susah nak berhenti.