Selasa, Disember 18, 2007

DARI DALAM DIRI : Bebanan dakwahMu

Ya ALLAH,
Kenapa aku yang menjadi rebutan?
Apakah kerana aku yang mahukan kedua-duanya?

Rabu, Disember 12, 2007

Kekuatan mata atau kesaktian cahaya?

Apa yang membuatkan kita boleh melihat? Kerana adanya mata? Betul tapi kurang tepat. Tidak ada mata atau mata tidak berfungsi dengan baik memanglah natijahnya tidak boleh melihat.

Tetapi, dengan adanya mata yang berfungsi dengan baik tetapi tanpa adanya, walaupun sejalur cahaya, apakah dapat melihat?

Contoh mudah! Kita berdiri di atas bukit yang terletaknya Genting Highland. Dan di sana tiada cahaya. Akan tetapi keadaannya terang benderang di perkarangan KLCC pada malam sambutan tahun baru. Kita masih dapat melihat KLCC kerana cahaya di perkarangan KLCC bukannya cahaya di bukit terletaknya Genting Highland itu.

Maknanya, cahaya diperlukan pada tempat yang mahu dilihat (KLCC) bukannya pada mata yang melihat (Genting)

(Jeda)

Untuk mencapai ilmu kasyaf / terlus / laduni, apa yang perlu dilakukan atau diperkukuhkan latihannya?

Memperkuatan kekuatan matahati, atau memohon agar dikurniakan kesaktian cahaya iman dari ALLAH?

Isnin, Disember 10, 2007

Kuatkan Akar Agar Pohon Teguh... Kuatkan Akal atau Iman?

Seorang ibu yang bekerja dan tinggal di rumah ibu bapanya, walaupun sudah berkahwin. Suaminya juga bekerja tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Selepas suami isteri ini bercerai, dengan siapa harus anak-anak ini tinggal?

Bersama ayahnya yang tidak berpendapatan tetap dan tidak ada tempat tinggal, atau, tinggal dengan ibunya di rumah datuk & nenek.

(Jeda)

Sekarang ini orang Melayu sedang 'berperang saraf' dengan orang India.

Bagaimana dengan kedudukan orang India Muslim (Mamak)?

Selasa, November 13, 2007

Masih belum ada masa untuk update

"Allahumma janibnasyaiton wa janni bisyaiton ma rozaktana"

Khamis, Oktober 11, 2007

Di iringi dengan doa

Alhamdulillah,
Misi Malaysia telah berjaya.

Tahniah,
Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi pelancong angkasa pertama negara

Isnin, Oktober 08, 2007

Seribu usaha & sejuta alasan

"Nak seribu daya kalau taknak seribu dalih."

Begitu lah ungkapan Melayu tentang usaha dan alasan. Kalau mahukan sesuatu, pelbagai usaha dilakukan. Dan kalau tak mahukan sesuatu, pelbagai alasan pula yang diberikan. Maknanya 'usaha' dan 'alasan' tak datang seiring.

Kalau mahu, kena usaha. Kalau tak mahu, beri alasan.

Tetapi sekarang ini, setiap usaha perlukan alasan. Malah, setiap seribu usaha perlu dibekalkan sejuta alasan. Tujuan 'alasan' ini hanya sebagai plan B, takut-takut usaha tadi tak berjaya. Kerana orang akan lebih suka mendengar 'alasan' berbanding melihat usaha.

Kita sudah alami pelbagai situasi ini di sekeliling kita. Pelbagai kisah yang kita dengar dan lihat.

Dari politikus yang sememangnya pakar dalam memberi alasan. Contohnya kes babi di Melaka, kes Jejantas runtuh, kes banjir, harga minyak naik dan macam-macam lagi. Bukannya mereka tiada usaha! Mereka sudah memerahkan seribu daya.

Begitu juga dengan ahli sukan. Pelbagai usaha FAM (sekadar satu contoh) telah lakukan dalam pembangunan bolasepak Malaysia. Namun FAM tetap bersedia dengan pelbagai alasan ketika pasukan Kebangsaan kalah dalam satu-satu kejohanan.

Dalam dunia glamor juga begitu. Ingatkah kalian dengan Linda Onn yang memerlukan beberapa hari untuk memikirkan alasan ketidakmunculannya di Hollywood suatu masa dulu. Bukankah dia juga sudah membuat pelbagai usaha untuk memajukan dirinya. Tapi apakan daya...

Yang mutakhir, tentang pelancong ruang angkasa warga Malaysia. Diharapkan kita tidak mendengar apa-apa alasan kalau usaha mereka selama ini tidak menjadi kenyataan. Kalau tidak tentulah alasan-alasan mereka menjadi perbualan hangat ketika bertandang di Hari Raya nanti.