Pernahkah sampai di persimpangan?
Tidak punya petunjuk jalan,
peta pula tiada di tangan,
tapi harus ada keputusan.
Mula gunakan akal fikiran
Terkadang hati dijadikan sandaran
Datang kenalan dengan hasutan
Entahkan kawan ataupun bukan?
Bila terlajak tak berguna penyesalan
Kalau tersilap jadikan pengajaran
Hanya Tawakkal jadi pegangan
Minta terbuka dan dimudahkan laluan
Khamis, Disember 23, 2010
Jumaat, Disember 17, 2010
Penentangan Sang Orang yang Diserang
Sepanjang jauhnya perjalanan ini
Semakin jauh aku tinggalkan sunyi
Semakin hampir aku dengan bingit
Pekik dan teriak orang yang diserang
Dari kejauhan aku berdiri
Memerhati gerak-geri cuba memahami
Biarpun aku sedar badan ini kerdil
Nekad tidak toleh ke belakang
Dalam hiruk-pikuk dan kebingungan
Aku cuba hulurkan tangan
Ingin mencapai tangan-tangan yang menggapai
Selangkah ku ke depan semakin tak sampai
Orang yang diserang semakin longlai
Teriak dan bingit hanya sayup kedengaran
Aku hanya mampu memerhati
Darah yang likat membasahi diri
Tidak sekali tamat perjuangan
Dan ini bukan penentu keputusan
Orang yang diserang sudah mati, badan terkujur
Namun perjuangan kan terus hidup, hidup, dan hidup...

Rabu, November 10, 2010
City Island
Dalam kecelaruan, kebingungan dan kebingitan hidup, pasti ada ketenangan dan kesudahan yang menyenangkan. Barangkali itulah yang cuba disampaikan oleh pengarah dan penulis Raymond de Felitta dalam naskhah City Island, sebuah filem komedi kekeluargaan.Filem ini berkisar tentang sebuah keluarga kacau-bilau (dysfunctional family) yang sekian lama hidup dalam penipuan, melalui satu keadaan di mana semuanya akan terbongkar. Si bapa, Vincent Rizzo (lakonan 5 bintang oleh Andy Garcia), seorang pegawai penjara sentiasa keluar pada malam hari, dalam cemburu Joyce si isteri (lakonan juliana marguilles) yang begitu yakin si suami bermain kayu tiga. Padahal Vince yang idolanya ialah Marlon Brando, berulang alik ke kelas lakonan kerana mengimpikan menjadi pelakon. Anak perempuan sulung pula yang dianggap pulang bercuti daripada kolej, sebenarnya sudah lama bekerja sebagai penari bogel di kelab malam berdekatan, kerana dibuang daripada kolej. Anak lelaki pula yang mempunyai fetish kepada wanita berbadan besar, tidak putus-putus mengikuti setiap perkembangan laman web seorang wanita berbadan besar, yang rupa-rupanya jiran sebelah!
Bagaikan nasi berlauk yang pelbagai ditambah kicap, Tony muncul penyedap rasa. Seorang tahanan penjara di mana Vince bertugas, Tony yang dalam parol diambil Vince untuk tinggal bertukang dirumahnya. Vince yang tahu Tony adalah anak kandungnya dalam hubungan terdahulu menyimpan rahsia tersebut sendirian. Tony pula dalam masa yang sama bagaikan server pangkalan data (database), tempat semua ahli keluarga menyimpan rahsia.
Maka dalam hiruk-pikuk timbullah 1001 macam karenah yang diulit dalam komedi. Tiada komedi slapstik di sini, semuanya berdasarkan kekuatan skrip dan juga keberkesanan watak yang dilakonkan dengan jayanya, terutama sekali Andy Garcia.
Berlatar-belakangkan City Island, sebuah pekan nelayan di Bronx, filem ini mengingatkan saya kepada Little Miss Sunshine, tapi lebih baik daripada itu.
Kesudahannya? Saksikan sendiri!
Khamis, Oktober 28, 2010
"... well groom to be PM"
Semasa mula-mula Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perlantikan Dato' Seri Najib itu disepakati oleh ramai pihak kerana "... he well groom to be Prime Minister" (sedangkan baru dilantik sebagai timbalan).
Tetapi sekarang ini, dengan pelbagai perkara seperti lesen judi Piala Dunia, bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka dan terbaru hub hiburan, keadaan ini sangat membimbangkan.
Saya tertanya-tanya siapa pula selepas ini dan apa pula yang akan direncanakannya?

Rabu, September 15, 2010
Jalan-jalan raya di negeri Pahang
Rabu
Ampang - Temerloh - Paya Bungor
Khamis
Paya Bungor
Jumaat
Paya Bungor - Tanjung Lumpur - Paya Bungor
Sabtu
Paya Bungor - Kuala Lipis - Paya Bungor
Ahad
Paya Bungor - Kuala Rompin - Paya Bungor
Isnin
Paya Bungor - Mempaga - Ampang

Selasa, September 07, 2010
ayaR
Di bawah siling itu
aku berteduh
badan berpeluh
tidak mengeluh
Di atas tangga itu
aku berdiri
badan sendiri
tidak berlari
Di atas tikar itu
aku sujud
badan tunduk
tidak mengerut
akulah yang salah
memang selalunya sebegitu
dan kerna fitrahku seorang hamba
maka Salam Aidilfitri
dan Maaf Zahir dan Batin
aku berteduh
badan berpeluh
tidak mengeluh
Di atas tangga itu
aku berdiri
badan sendiri
tidak berlari
Di atas tikar itu
aku sujud
badan tunduk
tidak mengerut
akulah yang salah
memang selalunya sebegitu
dan kerna fitrahku seorang hamba
maka Salam Aidilfitri
dan Maaf Zahir dan Batin
Khamis, September 02, 2010
Nikmat
Sebenarnya, lupa juga merupakan satu nikmat.
Sebab itu ramai ibu-ibu yang masih melahirkan anak-anak. Kalaulah mereka masih ingat kesakitkan ketika melahirkan anak sulung, pastilah mereka tidak akan melahirkan anak kedua dan seterusnya.
Selain itu, dengan nikmat lupa jugalah manusia dapat memaafkan kesalahan orang lain. Kalau tidak, pastilah seseorang itu terus berdendam dan tidak melupakan.
Aku adalah antara mereka yang diberikan nikmat lupa tersebut.
Oleh itu, maafkanlah aku sempena hari raya ini.
Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir Batin.

Langgan:
Catatan (Atom)