Selasa, Mei 24, 2005

DRAMA SEBABAK : Bukti kewanitaanmu

Set : Gerai Makan
Masa : Tengahari
Watak - watak :
1. Ayush - Pelayan kedai makan berbaju merah
2. Kadok - Kerani Akaun
3. Apai - Pereka grafik
4. Meon - Peon / Despatch

Ayush : Minum apa dik?

Image hosted by Photobucket.com

Kadok : Sirap Limau. Limau lebih ye bang.

Ayush : (Angguk kepala sambil tulis di kertas kecil)

Apai : . Kak, saya nak ABC satu dengan air kosong.

Ayush : (Menulis di kertas kecil sambil anggukkan kepala)

Meon : Air kosong je

Ayush : (Beredar dari meja. Pergi ke tempat buat air)

Image hosted by Photobucket.com

Meon : Apa la korang ni. Kadok panggil bang. Apai panggil kakak. Dia tu lelaki ke perempuan?

Kadok : Aku panggil jantina asal dia. Dia memang lelaki, walaupun dia nak jadi perempuan.

Apai : Dah dia nak jadi perempuan. Aku respek kemahuan dia. Dia dah nak jadi perempuan, panggil kakak la.

Meon : Mana korang tahu dia tu memang lelaki dan nak jadi perempuan?

Apai : Tengok la gerak geri dia yang tergedik-gedik tu.

Kadok : Tapi suara macam lelaki.

Meon : Tapi itu luaran. Macamana nak buktikan yang dia tu memang lelaki atau perempuan?

Kadok : Dada dia timbul.

Apai : Dia mungkin makan pil. Tapi tengok dalam seluar dia.

Meon : Kalau dia operate?

Apai : Kalau dia operate pun kita boleh tahu. Sebab mesti ada kesan jahit. Kalau dah jadi perempuan, maknanya asal dulu memang lelaki. Tapi kalau takde kesan parut, yang ada tu asal dia la.

Kadok : Kalau dia operate banyak kali? Asal-asal dulu lelaki. Lepas tu operate jadi perempuan. Lepas operate tukar lagi. Bukan boleh tahu berapa kali dia operate?

Meon : Apa susah-susah nak tengok dalam seluar dia? Siap nak tengok kesan-kesan jahit la. Karut! Kan senang kalau tengok x-ray dia je. Tengok tulang rusuk dia. Kalau lengkap kiri kanan cukup, perempuan le dia. Tapi kalau tulang rusuk dia kurang satu belah kanan, lelaki la dia.

Kadok : Betul gak kan. Tak kan nak operate tulang rusuk?

Jumaat, Mei 13, 2005

Beli petrol percuma kereta

Dulu waktu masih budak-budak, kalau mahu gunakan lampu suluh kena beli bateri. Kalau nak dibandingkan harga bateri lebih murah dari harga lampu suluh.

Lama-lama, lampu suluh menjadi lebih murah. Bila teknologi dan inovasi dari China masuk ke Malaysia, lampu suluh menjadi lebih murah sehinggakan beli bateri dan mendapat percuma lampu suluh.

Malah sekarang, beli bateri boleh dapat radio percuma!

Dan baru-baru ini, harga petrol dan diesel naik. dan harga-harga ini akan terus naik.

Bilalah agaknya, ada teknologi dan inovasi kereta yang memungkinkan harganya menjadi murah? Waktu itu dapatlah kita beli petrol dan percuma kereta.

Khamis, Mei 12, 2005

TEATER : Bangsat

Dengar sahaja perkataan bangsat, ramai orang membayangkan sesuatu pengertian yang tidak baik untuk disebut atau diucapkan. Jika itu yang kita fikirkan, tanpa cuba memahami keadaan sekeliling, tentu sahaja kalimah bangsat itu membawa konotasi yang buruk.

Dalam teater 'Bangsat' karya dan arahan Khalid Salleh ini, bangsat membawa pengertian miskin lingkungan pemikiran dan memerlukan perjalanan jauh untuk meluaskan pandangan serta akal budi kemanusiaan.

Bermula dengan monolog tentang memburu seseorang tetapi tidak pasti siapakah orangnya, samalah seperti memburu sesuatu tapi tak tau apa yang diburunya. Dalam pencarian itu, Salwa(lakonan Maizatul Akma) cuba untuk bangkit dari sejarah hitamnya melalui amalan meditasi dan menelaah inti falsafah yang terdapat dalam al-qur'an.

Intipati dan persoalan yang cuba dibangkitkan dalam teater ini adalah tentang nilai jatidiri manusia yang seharusnya berasaskan kebenaran ihsaniah di mana akal perlu mendapat asuhan agama.

Ungkapan retorik dari golongan marhaen!

Lebih terasa begitu kerana pementasan ini adalah monolog seorang pemain di atas pentas yang kosong tanpa prop dan set. Yang ada di pentas yang serta gelap itu adalah juraian sehelai kain putih dari tengah-tengah backdrop pentas.

Namun begitu, kesan permainan yang baik dari pelakon, apa yang ingin disampaikannya sampai juga ke penonton.

Tetapi jika anda yang ingin menonton kerana sekadar nak release tension, teater ini tak sesuai. Dan kalau anda memang jenis tak ada duit, jangan membazirkan RM 20.00 untuk menonton teater ini.

Dengar saja kuliah-kuliah agama atau baca saja buku-buku tentang falsafah sebab-musabab dan natijah sesuatu kejadian.

Bezanya, ini disampaikan dalam bentuk lakonan.

Ahad, Mei 08, 2005

Berkenaan Entri : "Selamat Pengantin Baru"

Maaf kalau ada yang keliru tentang entri aku pada 5 mei hari tu. Dan sekarang aku cuba nak jelaskan sedikit kekeliruan tu. Tapi kalau masih tak faham sori. Call aku je la nanti minta lebih penjelasan.

Tapi sebelum tu aku nak jawap komen untuk entri tu dulu.

1. daren - ko kalau dah kawin pun tak dapat pahala. kalau nak dapat pahala pergi sunat dulu!

2. OP - ramai gak org lain yang kawin tarikh tu. masib baik bob azrai ngan aida aris tak cerai tarikh tu. kan dia nikah dulu 4 April 2004. tapi diorang cerai lebih awal dari tarikh 5 mei 2005. haha. pity! tak boleh nak buat sejarah.

3. Nong - wah memang bagus. dibedal di malam afdal.

OK. Ada yang mengakui terkeliru dalam entri tu adalah pada dialog

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Puteri Delima Sari dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai"
"I do"


Dan lebih mengelirukan adalah ayat Pernikahannya tetap sah!

Sebenarnya dialog tu bukankah dialog sebenar antara kawan aku dengan bapak pengantin. Nama 'Puteri Delima Sari' adalah nama rekaan aku. Yang paling penting, member aku tak jawap "I do" waktu majlis akad tu. Ini bukan masjis perkahwinan di gereja! Tapi di Masjid.

Kawan aku sebenarnya lafazkan apa yang disyaratkan atau disyariatkan oleh undang-undang perkahwinan di Malaysia. "Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai"

Kalaulah kawan aku tu cuma lafaz "I do" sahaja (mungkin sebab gugup), mungkin peristiwa ini menjadi berita gempar dan juga pernikahannya tidak sah.

Akan tetapi mengikut apa yang aku belajar dalam bab munakahat ni, walaupun pengantin cakap "Saya terima" sahaja atau "Ya, aku terima" saja malah kalau cakap "I do" sekalipun, pernikahnya tetap sah.

Ini mengikut apa yang aku belajar dari ajaran Islam yang merujuk al-Qur'an, as-Sunnah, ijmak Ulamak dan Qias. Lagipun aku tak masuk lagi mana-mana kursus kahwin anjuran Jawi, Jais ataupun Jakim. Mungkin fatwa mereka lain lebih-lebih lagi bila nak amalan Islam Hadhari ni.

Penjelasan ini bukanlah bertujuan mengajar atau memberitahu perkara-perkara yang merosakan akidah kita. Saya juga masih belajar dan sekiranya anda inginkan kepastian, sila rujuk pada guru-guru agama. Andai apa yang saya katakan ini salah, tegurlah saya.

Khamis, Mei 05, 2005

Selamat Pengantin Baru

Hari ni seorang lagi kawan aku bernikah. Selain pilih hari ni (5/5/2005) sebagai tarikh cantik dan mudah ingat, hari khamis juga dititik beratkan. Boleh dapat pahala untuk projek malam pertama sebab malam jumaat.

Aku berdoa semoga kau berbahagia hingga hujung nyawa.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Puteri Delima Sari dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai"
"I do"

Pernikahannya tetap sah!

Selasa, Mei 03, 2005

TEATER : Bila Tanggang Nak jadi Batu?

Siapa yang tak tau tentang cerita Si Tanggang, anak yang menderhaka pada ibunya. Dengar sahaja tajuknya, penonton sudah tahu penghujungnya. Tanggang disumpah menjadi batu akibat menderhaka pada ibu kandungnya. Mak Utih. Disebabkan pementasan ini bangsawan, maka jalan cerita tidak boleh diubah-ubah.

Kerana itu juga, akibat tempo yang tidak terkawal dan terlalu banyak selingan, penonton tak sabar-sabar untuk melihat Tanggang (Lakonan Shajiry) menjadi batu, sekaligus menamatkan pementasan. Bagaimanapun, skrip yang ditulis oleh A. Morad Ibrahim yang tidak meleret-leret itu, sedikit membantu.

Tentang pengarah Amizai. Apa masalah anda dalam pementasan ini? Apakah anda pertama kali mengarah teater (tentu tidak!) atau pertama kali mengarah bangsawan? Jika ya, saya nasihatkan anda perbanyakkanlah menonton filem Hindustan.

Atau masalah anda tidak boleh mengawal 'pelakon-pelakon' yang sudah ada nama seperti Shajiry, Watie Elite, Ieda Moin dan Shah Farid (Musang Si Guntang)? Jika ya, saudara harus belajar dengan Dato' Yusof Haslam.

Atau masalah anda tak mampu mengawal bilangan pelakon yang ramai dalam satu pementasan? Jika ya, anda perlukan pasukan sokongan yang bagus.

Saya akui bahawa mengawal pelakon dipentas bukan tugas mudah lebih-lebih lagi jika pementasan besar dan melibatkan pelakon dan krew yang ramai. Adakala para pemain ini nampak baik semasa latihan tetapi gugup semasa persembahan dan melakukan kesilapan termasuk kesilapan-kesilapan besar yang mencacatkan persembahan.

Contoh kesilapan dalam pementasan Tanggang ini adalah riak wajah spontan Puteri Intan Baiduri (lakonan Watie Elite) yang terperanjat lantas sedih setelah mendengar titah Ayahandanya supaya Tanggang membawanya ketika belayar nanti. Bukankah sepatutnya dia menunjukkan wajah gembira dengan titah itu kerana dia dapat bersama-sama Tanggang berlayar dan tidak ditinggalkan bersendirian di daratan?

Satu lagi kesilapan besar adalah ketika Tanggang menghalau ibunya dan tidak mengaku perempuan tua itu sebagai ibunya. Patutkah semua sekelian yang ada patut rasa sedih pada babak itu? Saya faham dan boleh menerima jika ibunya, dua sahabat lama Tanggang dan kekasih lama Tanggang sahaja yang bersedih. Tetapi jika seluruh anak bahtera (termasuk Puteri Intan Baiduri) jugak sedih? Bukankah ini mencacatkan.

Kesilapan-kesilapan lain, salah seorang pengikut Alang Kalibang yang memakai selipar di atas pentas. Walaupun dia hanya sebagai korus, susuk tubuhnya diperhatikan. Dalam satu-satu persembahan, korus a.k.a 'pak pacak' sekalipun dianggap penting. Mereka juga harus sedar ruang dan sedar masa dimana dalam pementasan ini semua itu tidak dianggap penting. Kerana itulah ada adegan seperti terlanggar pokok besar, terpijak pisang, bersilat ditempat sempit, tersadung kaki orang depan dan macam-macam lagi.

Satu lagi kelemahan dalam teater ini adalah lontaran suara yang tak lepas dan suara tidak sampai kepada penonton. Mungkinkah ini kesilapan microfon?

Beralih pada prop dan set. Cantik dan halus pada lukisan. Tetapi semacam tak sesuai dengan pementasan. Bukan semua tetapi ada satu dua prop dan set yang tak sesuai. Cuba lebih kreatif dan jangan terikat dengan fatwa-fatwa bangsawan era Pak Rahman B (selaku penasihat pementasan)

Dan akhirnya Tanggang menjadi batu!

Ahad, Mei 01, 2005

macam BELASUNGKAWA tapi bukan

patut la baru-baru ini semakin semangat untuk memberi komen terhadap teater yang aku tonton. sebelum ini sudah banyak teater yang aku tonton malah beberapa produksi aku melibatkan diri secara langsung.

tapi cuma, baru-baru ini aku merasakan betapa aku perlu menulis. aku bukanlah seorang yang bijak teater dan belajar secara formal dalam bidang teater, tetapi seakan dejavu, aku harus mulakan sekarang sebagai pelapis untuk generasi akan datang.

rupa-rupanya, semangat untuk menulis tentang teater ini ada kaitannya dengan pemergian tokoh teater Malaysia, iaitu Mr. Krishen Jit Amar Singh.

Image hosted by Photobucket.com
Krishen Jit: An Uncommon Position

secara peribadi aku hanya berjumpa dengannya dari jauh. kami tak bertegur sapa dengan kerana aku merasakan yang aku pipit dan dia adalah enggang. tetapi aku ada membaca buku-buku dan artikel tentangnya.

walaupun aku tak pernah baca kolumnya - Talking Drama with Utih, tetapi aku pernah diberitahu tentang apa yang ditulisnya. Penulisannya yang jujur dan bersahaja itu dinanti-nantikan oleh pemain-pemain teater ketika itu.

kerana itu, aku harus juga mula untuk menulis. kalau pun tidak sebaik dia, sekurang-kurangnya aku cuba untuk itu.

Link yang berkaitan
Icon, Guru, Beloved Friend
Krishen Jit dies of stroke
In Memory - Krishen Jit