Pernahkah sampai di persimpangan?
Tidak punya petunjuk jalan,
peta pula tiada di tangan,
tapi harus ada keputusan.
Mula gunakan akal fikiran
Terkadang hati dijadikan sandaran
Datang si Tambun dengan hasutan
Entahkan kawan ataupun bukan?
Bila terlajak tak berguna penyesalan
Kalau tersilap jadikan pengajaran
Hanya Tawakkal jadi pegangan
Minta terbuka dan dimudahkan laluan
Khamis, Jun 29, 2006
Isnin, Jun 26, 2006
DRAMA SEBABAK : Siapa juara pilihanmu?
"Assalamualaikum"
"Ehh.. awak.. lama tak jumpa"
"Kau tak jawap salam aku lagi"
"Waalaikummussalam. Awak buat apa sini? Awak kerja mana sekarang? Awak dah kahwin belum?"
"Haha. Kenapa kau ni? Tanya la satu-satu."
"Jom kita minum. Boleh cerita macam-macam. Lama saya tak jumpa awak"
"Haha. OK. Nak minum kat mana?"
"Saya tak kisah mana-mana. Tapi jangan kat kedai mamak"
"Kenapa tak nak kat kedai mamak?"
"Ramai sangat orang. Sekarang kan tengah World Cup. Penuh ramai, pastu bising."
"Haha. Tengok World Cup kat kedai mamak ni sama macam sembahyang terawih kat masjid, lah"
"Kat mana yang sama? Pandai-pandai je buat hukum"
"Orang tengok World Cup kat kedai mamak ni cuma ramai mula-mula waktu first game dengan time bila dah semi-final je."
"Sembahyang terawih?"
"Orang pergi surau bila first day puasa ngan bila dah dekat raya je!"

Isnin, Jun 19, 2006
DRAMA DUA BABAK : Perang
Jumaat, Jun 16, 2006
DRAMA DUA BABAK : Anak Bapak
Babak Satu : Perlu ada, kalau berlebihan mudarat
"Bapak, nak yang ini"
"Kau ni tak habis-habis gula-gula. Tak habis-habis cokelat. Nanti rosak gigi. Tak baik untuk kesihatan."
Babak Dua : Sikitpun mudharat, apatah lagi kalau banyak
"Nak bayar ini saja?"
"Tak. Bagi rokok tu sekotak. Eh dua kotaklah. Malam ni nak tengok World Cup."

Rabu, Jun 07, 2006
DRAMA DUA BABAK : Mudah untuk menjadi Gampang?
Babak Satu : Di sana. Lelaki. Santun.
Kawan : Ayuh lakukan segera, mas. Bukankah lakukan ini gampang sih.
Mas Joko : (Makan maggi goreng berlaukkan daging burger)
Babak Dua : Di sini. Wanita. Jelik.
Kawan : Kenapa kau buat benda ni, Mas? Macam gampang je.
Mastura : (Mengedit gambar bogelnya sendiri untuk dikirimkan kepada bakal pakwenya)

Isnin, Jun 05, 2006
DARI DALAM DIRI : Ke Jerman bukan kerana World Cup
Segalanya berjalan lancar. Dia akan berangkat ke Jerman beberapa hari lagi. Dia bukan mahu ke Jerman untuk menyaksikan pertandingan bolasepak 'Piala Dunia'. Tapi dia akan berangkat ke Jerman dan terus menetap di sana.
Alangkah seronoknya berada di negara orang.
Tetapi, negara itu bukan negara Islam.
Bagaimanakah agaknya dia menjalankan kehidupan sebagai seorang muslim di persekitaran yang orang Islamnya adalah golongan minoriti?
Aku doakan agar kau cepat belajar dan agar kehidupan di sana tidak sesukar yang aku sangka.
Amin
Khamis, Jun 01, 2006
Umi - Peritnya melihatmu begitu
Isnin, 29hb mei 2006. Sedang aku bergelak ketawa bersama rakan rakan office sementara menunggu pesanan di restoran secret recipe, aku mendapat satu panggilan telefon. Hilai tawa tadi tersentak serta merta bila melihat nombor yang terpampang pada screen telefon bimbitku adalah nombor rumahku di kampung. Dengan segera aku keluar dari restoran dan menjawab telefon. Terdengar suara ayah yg sedikit bergetar. "umi kena air panas masa kenduri. Dia jatuh dalam kawah air panas, satu badan melecur". Aku terdiam. Putaran akalku tidak lagi berada pada orbitnya.
Cuma selang beberapa minggu selepas aku mengucap selamat hari ibu padanya. Hari ini dia terlantar di Hospital dengan badannya yang berbalut dengan plastik. Doktor terpaksa membuang semua kulit belakang samapai ke pahanya. Kini seluruh tubuhnya berbalut plastik. Air bisa yg keluar dari celah celah plastik yg berbalut itu meruntun hati lelaki ku untuk mengalir air mata. Aku tak tahan melihat umi begitu. Baju umi terpaksa ditukar 4 kali sehari kerana air bisa keluar tak henti henti. Lengan umi merah merah. belakang umi putih berair. tapi umi masih boleh senyum bila nampak aku sampai menziarahnya. Umi kuat. Umi kata tak sakit. Umi tak mahu aku tahu dia sedang sakit. Aku tak tahan tengok Umi begitu. Allah, sembuhkan Umiku. Tak tahan lagi aku lihat Umi begitu.

Langgan:
Catatan (Atom)