Khamis, Mei 25, 2006

DARI DALAM DIRI : Anak Md Salleh & mat salih

(Nota Pengarang : Cacatan ini telah dikarang oleh Aku tiga minggu lepas, tetapi hanya mendapat kebenaran untuk disiarkan di weblog ni selepas pernikahan Kau. Dan perasaan dan tanggapan Aku terhadap isu-isu yang dicatatkan, sebahagiannya sudah berubah. Jadi catatan ini sekadar untuk berkongsi dengan yang lain-lain. Harap maklum.)

Pertama-tamanya, aku nak ucapkan tahniah. Sebab kau akan berkahwin. Extra tahniah, sebab kau akan berkahwin dengan mat salih.

Sewaktu kau ceritakan padaku hari tu, aku rasa kagum. Sebab kau akan berkahwin dengan mat salih. Extra kagum, sebab kau akan berkahwin dengan lelaki yang kau berjumpa dengannya hanya dua kali sahaja sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

Sungguh tidak ada sekelumitpun perasaan cemburu walaupun sedikit rasa kecewa. Maklum saja, kau pun tahu, yang aku pernah menyukaimu. Dan tentu saja aku mendoakan agar kau akan mendapat pasangan yang lebih baik.

Namun, ketika ini, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Ada sedikit rasa sangsi. Dan, aku tak boleh buat apa-apa kerana tidak ada apa-apa lagi yang dapat merubahnya kecuali dengan izin Allah semata-mata.

Kalau ikutkan hati ini, mahu saja aku senyapkan diri. Aku hanya perlu tunggu dan lihat. Tetapi, aku tak sanggup melihat perkara itu berlaku mengulangi peristiwa yang hampir serupa.

Iaitu, pengalaman kawan kita yang bercinta dengan kawan aku dulu. Waktu itu aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat walaupun aku dah dapat rasa sesuatu yang bakal berlaku. Dan akibatnya, kawan kita itu kecewa dikecewakan. Syukur Alhamdulillah, kawan kita itu sudah pulih.

Aku tak kata yang yang aku ini ahli nujum! Semua telahanku tepat. Tidak sama sekali. Cuma aku tak mahu orang mempersoalkannya nanti.


"Kenapa kau tak bagitau aku?"
"Aku tak mahu merosakkan perhubungan"
"Kau harus bagitau, walaupun perkara itu berlaku, sekurang-kurangnya aku boleh bersedia"


Berdasarkan pengalaman itu, aku rasakan yang aku perlu nyatakan apa yang aku rasa. Walaupun mungkin perkara itu salah. Walaupun mungkin sudah terlambat.


Sebelum itu, harus aku nyatakan bahawa bukanlah niatku untuk menghalang hubungan, tetapi sebagai langkah supaya kau dapat mengeratkan lagi perhubungan. Supaya kau dapat menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan. Aku iringi dengan doa, agar kau bahagia selamanya.


Cuma, aku rasa amat sangsi bila kau katakan yang kau akan berkahwin dengan lelaki yang kau berjumpa hanya sebulan di Malaysia dan hanya dua minggu di negaranya. Cukupkah tempoh itu untuk kau mengenalinya? Mungkin tiada masalah kerana sudah ada sejarah 'Cinta Selepas Kahwin'.

Tetapi bila kau bagitau yang dia sudah separuh umur tapi belum berkahwin, aku kembali sangsi. Tetapi kalau dah memang jodohnya berat dan baru kini dia berpeluang untuk mendirikan rumahtangga, itulah ketentuan yang harus diterima.

Seperkara yang membuatkan aku amat sangsi adalah apabila kau katakan yang sebelum ini dia adalah seorang 'free thinker' dan bekerja dalam industri pelancongan. Tentu saja dia sudah berjumpa dengan ramai orang dan 1001 jenis manunia dan perempuan. Sebagai pemandu pelancong, tentu saja dia mempunyai 'inter-personal skill' yang tinggi.Boleh mempengaruhi sesiapa dengan mudah. Tetapi bagaimana dan kenapa dia boleh tertarik kepada kau dan ingin memeluk Islam?

Ahhh... tentu saja semuanya adalah ketentuan Allah. Siapalah kita untuk melawan takdir?

Justeru itu, aku doakan supaya kau mendapat kekuatan dan mendapat petunjuk dari Allah untuk melindungi dirimu dan memelihara kemuliaan agama Islam. Amin.

5 ulasan:

WNRD berkata...

lecturer subject philosophy saya kata, Allah dah tetapkan, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. begitu juga sebaliknya. kalau tak Allah akan pisahkan. nak tahu siapa baik dan siapa tidak, kita tunggu dan lihat sajalah.

Tanpa Nama berkata...

beberapa perkara;
1. kau tahu apa yang akan berlaku tapi kau tak bagitau. aku cuma musykil, kawan mmg begitu ke?
2. pulih? oh dont kid me.
3. tapi pandaikan aku berlakon? aku tahu.

cheers.

kingbinjai berkata...

ya! ya! kau berhak merasa sangsi. kalo aku, aku pun akan rasa begitu.

Alhamdulillah jika dia benar benar ikhlas. alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w, bertambah lagi seorang hamba Allah kembali ke pangkal jalan.

dan kalo aku jadi ko aku akan pantau keadaan takut takut perkara yang sebaliknya akan terjadi. itu kalo aku la.

freethinker, emm harus berwaspada juga.

ayobkelubi berkata...

barangkali itu sudah ketentuanNya bang.

berdoa semoga bahagia ke akhir hayat.

tuan tanah berkata...

kau beritahu dia apa yang kau sangsikan?