Rabu, Jun 30, 2010

TEATER : Kopitiam Ghadir kembali

Pementasan teater Kopitiam Ghadir karya Faisal Tehrani kembali.

Selamat menonton

Khamis, Jun 03, 2010

KAU PEMBUNUH KEJAM! KAU PENGGANAS DURJANA! KAU SANG LANUN PENYAMUN!


Dunia telah digemparkan sekali lagi dengan kekejaman Israel. Flotilla yang membawa misi keamanan Gaza telah diserang ala-komando oleh Israeli Defense Forces (IDF, walaupun bagi aku ia sepatutnya ITF - Israeli Terrorist Forces) awal pagi 31 Mei. Kapal Mavi Marmarra yang bantuan asas untuk rakyat Gaza yang hanya 62 km hampirnya dengan perairan Gaza telah diserang hendap, mengakibatkan tidak kurang 10 orang terbunuh dan ramai tercedera.

Dakwaan yang dibuat Israel ialah:

1. Terdapat senjata berbahaya di atas kapal-kapal tersebut, yang akan dibekalkan kepada penduduk Gaza. Pastinya, dan sekeras-kerasnya dinafikan oleh Turki (yang mana kapal-kapal itu telah berlepas untuk ke Gaza), bahawa pemeriksaan terperinci telah dilakukan ke atas flotilla sebelum dibenarkan belayar ke Gaza, dan tiada senjata di atas kapal dan semua di atasnya adalah aktivis dan bukan askar.
2. Terdapat pengganas berbahaya yang mengikuti flotilla tersebut, antaranya ketua-ketua politik Arab, yang mana dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.
3. Serangan ITF dengan menggunakan peluru hidup adalah tindakbalas kepada serangan ganas yang telah dimulakan oleh aktivis dengan menggunakan parang, kapak, pisau, cungkil gigi, gelang getah dan flash kamera. Ini dibuktikan dengan video imej oleh Israel



Sekarang cuba bandingkan video di atas yang sangat pendek dan dihentikan sejurus sebelum Israel melepaskan tembakan, dengan video di bawah ini



Antara persoalan-persoalan yang sangat membenakkan fikiran:

1. Bagaimana Israel dengan beraninya menyerang ala lanun kapal-kapal kemanusiaan tersebut di perairan antarabangsa, yang mana Israel langsung tiada hak?! Apa tindakan polis dunia?Mind-boggling dan tidak dapat diterima akal! Tindakan itu memang dengan sah tindakan lanun yang tiada banyak soal-bicara memang salah di sisi undang-undang?
2. Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa Israel pada mulanya telah mengeluarkan amaran dan menggunakan "riot dispersal means...", tetapi mengapa dilengkapi dan menggunakan senjata dengan peluru hidup??
3. Apa hak Zionis untuk memenjarakan aktivis dan krew kapal di bumi penjajah Israel yang bukan matlamat aktivis-aktivis tersebut? Dan apa kuasa Israel untuk menahan kapal-kapal tersebut di Pelabuhan Ashdod? Apa peranan dan hak Israel untuk menetapkan apa jenis bantuan yang boleh diterima oleh penduduk GAZA?
4. Selepas tersebar dengan meluasnya berita ini - di manakah telur-telur jantan Amerika, Mesir, PBB dan sekutu-sekutu Israel laknat yang lain? Kenyataan yang dikeluarkan Amerika dan disampaikan oleh Hillary Clinton amat, amat lemah, bagaikan Monica Lewinsky masih menghantui dirinya!

Banyak pengajaran yang boleh diambil. Hikmah paling utama ialah peristiwa ini memberi tekanan kepada Israel dan jugak Mesir durjana untuk membuka sempadan dan perairan (yang mana Israel tiada hak sama sekali untuk menutupnya) untuk memberi laluan kemasukan bantuan kepada rakyat Gaza. Mesir, anjing belaan Israel (yang baru minggu lepas membunuh rakyat-rakyat Gaza dengan gas beracun di terowong-terowong Gaza-Mesir) telahpun membuka sempadan Rafah untuk bantuan-bantuan masuk ke Gaza dan harap ini akan berkekalan.

Tekanan ke atas sekutu kuat Israel (baca: Amerika) sangat kuat kerana tindakan Israel ini secara terang-terangnya merupakan jenayah antarabangsa, yang mana jika Obama (yang dianugerahkan hadiah Nobel Peace prize 2009) mengambil tindakan yang silap, akan menjadikan dia seorang penipu kepada dunia Arab susulan ucapan manisnya tahun lepas. Reaksi dunia terhadap peristiwa bersejarah ini sangat lantang, dan buruk padahnya jika Amerika tersilap langkah.

Turki, mediator perjanjian keamanan antara Palestin dan Israel yang mana PMnya sangat lantang mengecam tindakan ganas Israel sejak kekejaman 2009 lagi, telah memanggil dutanya di Israel dan mengeluarkan kenyataan keras ke atas peristiwa ini. Lebih-lebih lagi apabila dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat orang yang mati adalah warga Turki. Ini sepatutnya menambahkan lagi tekanan kepada Amerika untuk menekan Israel.

Merchant Vessel Rachel Corrie (sempena aktivis Rachel Corrie yang mati digilis bulldozer Zionis, setelah cuba menjadi human shield untuk mempertahankan rumah rakyat Gaza), kapal terakhir yang membawa bantuan ke Gaza, akan tetap meneruskan perjalanan dan memaksa diberikan laluan ke Gaza, dan Israel dengan tegasnya telah mengeluarkan kenyataan akan menghentikan misi kapal tersebut. Sama-samalah kita berdoa agar misi itu berjaya, bantuan dapat disampaikan dengan jayanya, dan rakyat Gaza khasnya dan Palestin umumnya akan dapat mengecapi nikmat kebebasan!!

Link berguna:
http://www.freegaza.org