Selasa, Ogos 28, 2007

kalo semua salah, tiada yang salah

tutti colpevoli, nessuno colpevole...If everyone is guilty, no one is guilty
Mungkin suasana politik sekarang ini kena dengan peribahasa Sicily ini.
Mungkin kerana itulah entiti 'Mafia' kekal bertapak berkurun lamanya.

Selasa, Ogos 21, 2007

"Usaha tangga kejayaan....

Tak semua perkara
yang kita hajatkan
setelah penat berhempas pulas
akan kita kecapi kejayaannya.

Inikan pula
orang lain
yang lelah berbasah keringat
sedangkan kita
hanya bersorak mengharap.

.... mahukan durian tak perlukan tangga!"

p/s. berapa banyak lagi duit rakyat yang FAM & BAM perlukan untuk dihabiskan untuk meraih kejayaan?

Jumaat, Ogos 17, 2007

Menara gading

Di institusi pengajian tinggi awam.
Penganggur : Hah, itu kosong. Kau park situ.
Kawan penganggur yang menganggur : Kau nak buat apa kat sini? Ini bukan tempat orang belajar master ke?
Penganggur : 10 minit je. Jumpa awek aku kejap. Dia kerja cafe.

10 minit sudah...
Kawan penganggur yang menganggur : Aduhh..kena blocking lah pulak.
Penganggur : Apa lah parking macam ni. Ko nampak sticker dia tu? Bodoh sangat ke diorang ni sampai kena ambil master?!!

Khamis, Ogos 16, 2007

Dukacita

Bukan masalah yang selalu mendatangkan kesedihan yang keterlaluan pada manusia, tetapi dukacita yang digendong bersama oleh masalah itu yang membuat manusia berkesedihan yang melampau.