Sabtu, Februari 17, 2007

NARA YUDA : Ronggeng!!!

Oh waktu itu zaman rock kapak. Beli rokok dua ringgit dapat sekotak. Dari naik bas baik lagi menapak. Sampai KL tak buat apa-apa saja nak lepak. Tapi budak-budak masih lagi dengar cakap mak bapak.

Tapi cerita ini bukan pasal orang kota. Ini cerita tentang orang desa. Tapi pada zaman yang sama. Untuk ikhtibar kita semua.

Cerita pasal Jali kena kahwin paksa. Dalam paksa dia rela juga. Sebab dia kawin dengan anak dara. Bukan janda. Paling penting kawin ditaja.

Dah Tinah agaknya memang jodoh untuk si Jali. Rupanya memang satu universiti. Cuma lain fakulti. Depan tok kadi. Sekali akad terus jadi.

Hidup mereka macam biasa saja. Mereka hidup aman bahagia. Tapi satu yang Tinah tak suka. Sebab Jali hisap rokok macam naga.
Jali : AKU PEDULI APA?

Di hening sesuatu petang. Tinah dan Jali duduk berbincang. "Sehari abang hisap berapa batang?"."Ntah, abang tak kira la, sayang."

Puas juga Tinah suruh Jali berenti. Tapi Jali sikit tak peduli. Dia kata bukannya rugi. Dia beli pakai duit gaji. Tak luak duit belanja beli gula beli kopi.

Tinah ambil keputusan sendiri. Biarlah apa nak jadi. Agar Jali tak merokok lagi. Sampai bila-bila nanti. Tapi, kalau lah plan dia jadi.

Sambungan cerpen ini ada di dalam zine NARA YUDA #2. Dapatkannya sekarang di narayuda.blogspot.com

Selasa, Februari 13, 2007

"Innama akmaalu binniat"

Setiap perbuatan perlulah disertakan dengan niat, atau dimulakan dengan niat. Kalau dengan niat sahaja tanpa memulakan atau melaksanakan perbuatan itu, perbuatan itu belum lagi dikira perbuatan.

Begitulah juga dengan azam awal tahun. Kalau setakat azam tapi tak berusaha untuk tuntaskan apa yang diazamkan, serupalah dengan golongan 'sembahyang hanya dengan niat' (apa nama golongan tu?).

Dan dalam masa tak sampai 100 hari, kita (terutama sahabat-sahabat kita yang Cina-Islam) akan berpeluang untuk memasang azam untuk tahun baru (lagi).

Bermula dengan tahun baru masihi, kemudian tahun baru hijrah, seterusnya beberapa hari akan datang ini pula, sahabat-sahabat kita yang Cina-Islam ini akan menyambut tahun baru Cina pula.

Kesempatan ini, aku nak mengucapkan "Selamat tahun baru Cina" kepada sahabat-sahabat Cina-Islam aku terutama Ustaz Ann Wan Seng (Perkim), Ustaz Daniel Lim (Perkim), Riaz (Macma), Hajah Maswani Chong (Macma), Ustaz Ali A.C. Din (Perkim) dan seterusnya semua peserta-peserta 'Ijtimak Tahunan Saudara Baru Wilayah Persekutuan 2006' yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson baru-baru ini.

Jumaat, Februari 09, 2007

RALAT : berkenaan entri sebelum ini

Sebenarnya bukanlah aku mahu rogol sesiapa (terutama mereka yang dalam gambar tersebut). Tapi kata-kata itu timbul kerana kekecewaan yang telah aku alami baru-baru ini.

Hidup aku memang membosankan!

Sejak akhir-akhir ini, telah ramai 'calon-calon' menantu mak bapak aku telah dipersembahkan kepada aku. Sama ada tunjuk gambar atau cerita-cerita sahaja yang aku dapat. Aku tak lihat sendiri 'calon-calon' itu. Tapi aku tak kisah.

Kerana bagi aku, cinta boleh dipupuk!

Tetapi yang menjadi masalah ialah, yang mana satu yang bapak aku berkenan, mak aku tak suka. Dan bila mana mak aku dah berkenan, bapak aku pula yang tak suka. Biasalah, memang dari dulu pun macam tu.

Umur aku bukan makin muda dan aku rasa aku dah bersedia sekarang.

Tetapi bagaimana aku mahu terteruskan kalau begini sikap mak bapak aku? Kerana itu aku katakan bahawa "Jangan salahkan aku kalau aku jadi perogol". Bukankah itu adalah fitrah bagi setiap manusia?

Kerana itu aku sudah membuat keputusan. Aku hanya akan berkahwin bila salah seorang dari mak bapak aku dah mati nanti. Siapa yang masih hidup, aku ikut pilihannya. Kalau dua-dua mati lagi senang.

Sebab pilihan hati aku ada dalam gambar tu. Cuba teka yang mana satu...

Jumaat, Februari 02, 2007