Isnin, Oktober 30, 2006

Lagu Raya Yang Paling Saya Ingat

Hari raya
Hari yang mulia
Penuh bererti kepada kita

Tua, muda
Miskin dan kaya
Menyambutnya dengan gembira

Berhati-hati di jalanraya
Semoga anda selamat tiba
Ucapan Selamat Hari Raya
Dari Eon untuk semua

Ucapan Selamat Hari Raya
Dari EON untuk semua...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Ahad, Oktober 08, 2006

KEMBARA : Bagan Hailam

Gambar-gambar dirakam di sekitar perkampungan nelayan di Bagan Hailam, Perlabuhan Klang.


Photobucket - Video and Image Hosting
Lihat pada pakaian dan keris. Datuk Awie adalah orang Melayu.


Photobucket - Video and Image Hosting
Diceritakan bahawa Dato Gali ini juga dikenali sebagai Haji Ali.


Photobucket - Video and Image Hosting
Pada tokong ini, patung juga memegang keris (perlembangan Melayu) dan ia memakai songkok.


Photobucket - Video and Image Hosting
Walaupun tiada gambar atau patung yang bercirikan orang Melayu. Tetapi wujudkah golongan istana (dengan pangkal nama Tengku) berbangsa lain selain Melayu?

Semua tokong-tokong yang disembah oleh orang Buddha ini adalah Keramat yang berbangsa Melayu. Dan ada sejarahnya setiap satu tokong-tokong tersebut.

Rabu, Oktober 04, 2006

Cemburu benda tidak bernyawa

Kuat cemburu atau cemburu buta. Atau open minded - tidak cemburu bukan persoalannya.

Korang dalam katagori mana, bukanlah urusan aku sangat. Dan bukanlah aku mahu menceritakan aku di katagori yang mana.

Sebelum ini, handphone aku adalah antara benda tak bernyawa yang paling aku sayang. Ia membuatkan aku rasa lemas jika ketiadaannya. Dan sehingga kini aku akan membawanya kemana-mana. Walaupun taklah segempak mana, tapi aku menyayangi handphone aku tu.

Dan baru-baru. Dan sesuatu yang 'baru' dalam hidup aku. Dan tentunya aku akan sayang juga pada yang baru ini.

Oleh sebab itu, (mungkin) handphone yang aku sayangi (dan masih sayang) itu telah merajuk dengan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Sudahlah baterinya yang cepat habis walaupun baru re-charge. Dan baru-baru, flip nya terus patah tanpa apa-apa punca.

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku ceritakan pada kawan aku. Dan dia mengakuinya dengan mengambil contoh dirinya dan kawan-kawan lain yang kenderaan mereka sering cemburu bila mereka mahu (baru berniat) bertukar kepada kenderaan yang baru.

Kalaulah benda yang bernyawa juga tahu cemburu, takkan kita yang bernyawa ini tidak ada perasaan cemburu?

p.s. cemburu tanpa sayang, che pah!

Ahad, Oktober 01, 2006

Mok, aku balaik doh

sayu hati serupe tersiyek
kaki berat ning ku hinja juge
beralus ku campok pandangan ke rumoh tue toh
sunyi sepi senyap tupah

angin petang ramadhan bertiup sayu
meluruhkan daun daun moktang hok kering
berkapor datah tanoh
atap steh dok brape nok putih
bertopok berkulat hawe lame dok care

kaki berat ku hinje lagih
ku labuh punggung ke atas lambor
payang lame wat basuh kaki ade air lagih
tapi ade daun moktang hok luruh lame doh
capur ngan ugak ugak beriok
dan air payang napok supe keruh

dan sekeruh itu lah hati aku selama ning
tinggalkan sekeping hati tue surang dirih
meratap sedih dia nati aku balaik
kadang gak aku wat budo je
kerah sungguh hati aku ning..
dok pasal pasal sebab maroh ke orang lain
orang tue toh tempat aku lepahkan rajuk
tinggal die surang lari bawok diri.

mok, aku balaik doh!!! wakpe mok takdok sambut aku balaik?
pedia nok rebuh ubi stele makang buke?
pedia nok wat tape raye ning?
pedia nok gerok aku gelap gelap subuh nok gi smayang raye?
pedia lagih nok kara air telaga wi aku mandi?

berjerabok air mate aku atas lambor
kenang pedihnya hati mok hok luke sebab aku
rase surupe baru maring kite bergelekik same
aku buke skali lagih sms anok pok man tepi umoh ning
hok wayat mok gi jumpe pencipta-Nya nam bulan doh
takdok surang hok wayat ke aku sebab dok tau aku dok duane
le ning, lepas tanoh kubur tumbuh ruput baru aku tau
urang hok aku siksa slama ning gi dalam duke

mok aku balaik doh!!!
aku nok cium tangan mung mok
aku mintok maaf siksa jiwa mung mok
takdoh lah anok sekejang aku hok siksa hati semulia mung
aku mintok maaf
aku mintok ampun

nyesal berjerabok air mate dok paka doh
mok gi bawok hati luke dia
hati luke sebab aku
aku hok bername anok


(Maaf kalau tak faham ini adalah salah satu dialek terengganu - kuala berang)