Khamis, November 11, 2004

Orgasma di bulan Ramadhan

Walaupun perjalanan ramadhan sudah hampir orgasma, berahiku untuk mencoretkan sketsa ramadhan tetap tersisa.

Petang tadi hujan lagi. Agak lebat hingga bisa berdebarnya hati dan bergegarnya payung gerai pasar juadah. Dalam masa minggu akhir ramadhan ini, peniaga-peniaga bermusim ini banyak yang sedang gembira mengira untung. Tak perlu niaga lagi kerana persiapan raya perlu diutamakan. Kalaupun tidak, bertukar jenis perniagaan. Yang lelaki berminat jual pakaian bundle. Yang perempuan boleh jual kuih dan biskut raya.

Namun masih ada lagi peniaga yang masih mahu meniaga. Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa. Walaupun diri sendiri tidak puasa tetapi menyediakan makanan untuk orang puasa sudah jadi tanggungjawab. Tak ketinggalan orang yang tak berpuasa juga turut tumpang membeli makanan untuk makan malam, bukan untuk berbuka puasa.

Itu hal peniaga bermusim di pasar juadah. Peniaga berlesen. Tapi bagaimana dengan peniaga bermusim yang berniaga secara haram. Walaupun barang jualan itu halal, masih dikira haram kerana tidak berlesen. Berniaga judi dikira halal kerana berniaganya ada lesen. Entah lah. Macam-macam!

Tadi hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya selama lebih seminggu. Jadi aku ambil peluang untuk singgah buat kali terakhir. Tapi bukan di pasar juadah. Tapi gerai di kawasan tanah kosong depan masjid. Cuma ada dua gerai. Satu makcik jual kuih. Satu lagi abang jual air.

Selepas parking kereta, aku masih belum mahu turun. Kerana hujan masih turun serta angin bertiup kencang. Mata tertumpu pada gerai tersebut. Tiba-tiba payung abang yang meniaga air tumbang. Lebih sadis, meja yang penuh dengan tong-tong airs berperisa juga terbalik. Habis tumpah semua air malah ada tong air yang pecah.

Allahu akhbar! Aku tak sanggup tengok betapa hampanya abang yang tertumpah semua airnya itu.

Apakah nasib Malang ini ada kaitnya dengan berniaga dengan lesen atau berniaga tanpa lesen?

Potong stim nak beraya!

Selasa, November 09, 2004

Sesat di Kuala Lumpur

Jumaat lepas. 5 November. Aku berpeluang tengok persembahan Wings di Angkasapuri.
Dalam malam sepuluh akhir ramadhan, aku bukan berada di masjid beribadat. Paling tidak harus berada di rumah.

Orang lain aku tak tahu! Tapi aku ada rasa sedikit kesal kenapa berlaku dalam malam ramdhan?
Arghh... biarlah. Daripada buat perkara-perkara lain yang lebih tak mendatang faedah, lebih baik berada di sana.

Dalam jalan pulang, aku teringat lagu nyanyian M.Nasir "Sesat di Kuala Lumpur"

Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya.

Isnin, November 01, 2004

Aku sorang je yang jalan??

situasi satu
- selasa 1734 26102004
- pekan ampang

simpang empat. ada lampu isyarat. lampu isyarat. guna fuzzy logic system.
seorang lelaki. sedang berdiri. berdiri. di tengah-tengah simpang
lelaki tadi. beri isyarat supaya jalan. tapi lampu masih merah.apakah anda ikut arahannya dan terus memandu?
saya: ikut saja arahannya. kerana dia polis trafic.
anda? mungkin ikut sama kerana dia penguatkuasa undang-undang.

situasi dua
- rabu 1747 27102004
- tasik permai, ampang

simpang empat. juga sesak. ada lampu isyarat. lampu isyarat. juga guna fuzzy logic system.
seorang lelaki. juga sedang berdiri. berdiri.juga di tengah-tengah simpang
lelaki tadi. beri isyarat supaya jalan. tapi lampu masih merah.apakah anda ikut arahannya dan terus memandu?
saya: ikut saja arahannya. walaupun dia orang gila!
anda? apakah anda juga seperti saya?