Selasa, Disember 27, 2005

Cakap tak serupa bikin!

Lepas solat biasanya kita akan berzikir. Ada orang kata Zikir Fatimah.

Subhanallah, 33 kali
Alhamdulillah, 33 kali
Allahu akbar, 34 kali. Inilah Zikir Fatimah.

Tapi kenapa ada seorang imam tu kira tasbih lebih laju dari apa yang dia sebut?

Tangannya menggentel butiran tasbih lebih laju dari apa yang disebutnya. Jadi, belumpun habis menyebut Subhanallah sebanyak 33 kali, dia sudah menyebut Alhamdulillah pula. Memang lah dia selesai menggetel butiran tasbih 33 kali tapi yang disebut tidak!

Apakah kita perlu bercakap tak serupa dengan setiap perbuatan kita termasuklah dalam urusan zikir?

Khamis, Disember 22, 2005

..keputusannya...

Produksi kami menang besar.

Antara anugerah yang kami menang

Pelakon lelaki pembantu terbaik
Nizam (Watak : Ah Leng)

Pelakon lelaki terbaik
Amir (Watak : Hassan)

Teknikal terbaik

Pengarah terbaik
(Sallehuddin)

Juara keseluruhan

Walaupun aku tak menang secara individu, tapi kami dalam satu pasukan

Isnin, Disember 19, 2005

TEATER : Anak Bulan Di Kampung Wak Hassan

Sempena Festival Teater Wilayah Persekutuan 2005, Kelab Teater Kota Kuala Lumpur akan mengadakan persembahan teater yang bertajuk 'Anak Bulan Di Kampung Wak Hassan'.

Tarikh : 21 Desember 2005 - Rabu (Malam terakhir)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Taman Budaya Kuala Lumpur (Bersebelahan Balai Polis Traffic Jalan Bandar, Berhampiran Bus Stand Klang, 5 minit dari LRT Pasar Seni)
Pakaian : Kemas (selipar & round neck t-shirt tidak dibenarkan)
Harga Tiket : Percuma

Sinopsis
Mengisahkan tentang Kampung Wak Hassan yang terletak di Sembawang, Singapura. Kampung ini adalah perkampungan melayu terakhir yang dirobohkan oleh kerajaan Singapura kerana pembangunan.

Akan tetapi sebenarnya kampung ini bukan dirobohkan oleh tenaga manusia tetapi kemusnahan Kampung Wak Hassan ini adalah disebabkan ribut yang melanda pada tahun 1998. Akibat dari malapetaka itu, hanya tinggal 13 keluarga melayu dan satu keluarga cina sahaja yang tinggal sebelum dirobohkan sepenuhnya untuk dijadikan pusat rekreasi.

Gambaran tentang Kampung Wak Hassan ini dapat dilihat dalam filem 'Madu Tiga' lakonan arwah P.Ramlee dan Sarimah. Ingat lagi tentang rumah Rohani (Sarimah) yang letaknya di tepi laut? Rumah yang Jamil (P.Ramlee) lompat dari tingkap selepas mandi kerana ketiga-tiga isterinya berada di situ? Hah! Itulah salah satu rumah di Kampung Wak Hassan sebelum dirobohkan.

Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut, naskah ini ditulis dan digarapkan dalam suasana menyambut Syawal terakhir oleh 14 keluarga yang masih tinggal itu sebelum dipindahkan ke rumah pangsa. Dan 14 keluarga tersebut diwakili oleh watak-watak dalam persembahan teater ini.

{sinopsis lengkap akan kuberikan nanti ye, Mooke?}

Para pelakon
Pensyarah - Zam
Pelakon / Tok Tempang - Shah
Yai Hassan - Hanip
Fadilah - Fiza
Emek - Farid
Mak Siti Hawa - Lia
Joned - Yus
Nek Marwiah - Poji
Hassan - Amir
Ah Leng - Nizam
Kannan - Faisal
Asmah - Misha
Korus - Aming, Syawal & Ijan

Lain-lain
Lagu yang juga menceritakan tentang kisah Kampung Wak Hassan - Ribut 10.59 pagi.
Gambar masjid yang masih kekal sehingga kini.

Khamis, Disember 15, 2005

Si Bangsat Bermain Api

Tiba-tiba terbaca
Sepasang mata ini terlihat
hati terus membara
alahai kudrat nan sekerat
alahai kudrat nan sekerat

Si laknat bermain api
Sepasang mata ini terlihat
Dia masih tegak berdiri?
alahai umat nan terlewat
alahai umat nan terlewat

Ditampal di sini sudah tertera
Apakah kalian tak dapat melihat?
Zalim si laknat bebas diwarta
Tadahlah tangan
Berdoalah
Berdoalah...

Isnin, Disember 12, 2005

Anugerah

Dua entri aku dicalonkan sebagai calon akhir untuk Anugerah Geng Jurnal 2005 bagi katagori 'Catatan Meransang Intelek'. Dua-dua katagori yang sama!

Image hosted by Photobucket.com

Entri yang pertama yang dicalonkan adalah Book-smart or street-smart? di mana berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam hidup aku.

Dan entri yang satu lagi adalah Drama sebabak : Bukti kewanitaanmu. Idea aku menulis entri ini adalah selepas terbaca dalam kad jemputan kahwin kawan aku yang ada mengatakan "... Hawa dijadikan dari rusuk kiri Adam dan bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi adalah dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai"

Tipulah kalau aku katakan yang aku tidak meletakkan harapan untuk menang. Aku bukan penyanyi atau pelakon yang akan berkata "... saya dicalonkan pun sudah cukup bagus. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang."

Kerana itu aku amat berharap agar aku akan menang dan menjadikan wang RM 35.00 itu sesuatu yang berbaloi.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca dan tidak lupa juga kepada juri-juri. Terima kasih!

Khamis, Disember 08, 2005

Apakah itu satu petanda?

Aduh... manisnya senyuman, redup pula matamu. Biarlah paginya hatiku gundah, Setelah engkau melintasi di depanku, hatiku tenang. Engkau membuatkan aku bahagia. Kerana senyuman itulah, aku tahu ia ikhlas untukku, membuatkan hariku rindu padamu.

"Dek, awak sukakan saya yek? Mengoratlah saya. Saya malu untuk memulakan langkah"

Takkan wanita mulakan dulu? Bukankah itu umpama perigi mencari timba?

Itu dulu! Sekarang ini lain. Bukankah wanita sekarang inginkan persamaan hak? Segala apa yang lelaki boleh buat, pasti wanita juga boleh melakukan. Wanita bukan golongan kelas di bawah!

"Jadi, bila awak nak mengorat saya yek?"

Jumaat, Disember 02, 2005