Isnin, Mac 24, 2008

"Robbana la tuzik kulubana...."

Aku dah kenal sejak [2006] lagi. Memang dia ada ketokohan.


Tapi janganlah nanti 'kuasa' politik yang pelbagai itu memudarkan ketokohan itu.

Tahniah, [Dr Halimah Ali]. ADUN Selat Kelang yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor.

Selasa, Mac 18, 2008

DRAMA DUA BABAK : Kelajuan teksi

Babak satu : Meter tidak bergerak
"Hoi! lajunya... Macam nak berlumba"


Babak dua : Meter sedang bergerak
"Eh, baiknya pakcik teksi ni. Dia bagi kita jalan dulu, lalu lorong kiri..."

Khamis, Mac 13, 2008

Politikus usang

Dah kena main. Masih nak main-main?

Cilaka laknatlah kepada mereka yang mementingkan periuk nasi masing-masing semata-mata.

Selasa, Mac 11, 2008

Democracy! Bukan democrazy

Masjid Kristal masih dalam 'tanggungjawab' (bukan hak!) kerajaan BN Terengganu.

Masih menunggu perkembangan pembentukan kerajaan negeri Selangor.

p.s. Sesiapa boleh bantu saya dapatkan statistik bangsa setiap ahli bagi kerusi-kerusi di Parlimen & DUN?

Rabu, Mac 05, 2008

Mambang pada bayang-bayang

Dalam masa dua minggu ini bapak, bonda, adik bongsu & pakcikku sangat sibuk di kedai. Tiap-tiap hari ada saja barang baru sampai dari pengedar. Dalam masa dua minggu ini stok barang-barang kerap habis. Paling banyak beras, gula, tepung, susu, kopi dan makanan-makanan keperluan.

Minggu lepas pakcik aku demam. Dan bermula semalam, bapak pula yang demam. Mungkin kerana kerja atau mungkin kerana cuaca.

Kalau dulu, bapak order beras seminggu sekali. Tapi akhir-akhir ini dua hari sekali. Mengapa trend membeli seperti ini berlaku?

Yang membeli adalah untuk penggunaan sendiri. Bukan untuk dijamu di bilik-bilik gerakan! Secara logiknya, orang-orang akan makan di luar kerana ketika inilah banyak makanan-makanan yang akan dihidangkan.

"Sambil-sambil makan, dengarlah apa yang saya nak kata. Saya bukan meminta, tapi saya merayu.... bla bla.. bloody bla..."

Tetapi masih membeli untuk kegunaan sendiri, Kenapa?

Atta, "Biasalah bila dah pilihanraya ni. Orang takut terjadi apa-apa selepas pilihanraya nanti. Jadi mereka beli barang-barang makanan siap-siap"

Patutkah berfikiran begitu?

Isnin, Mac 03, 2008

TEATER : Maskara 7


Kali terakhir aku muncul di pentas Maskara adalah Maskara 2. Selepas itu ada yang aku tidak hadir terus ataupun kalau hadir aku tak naik ke pentas atau datang sekejap untuk singgah.

Dan Sabtu yang lepas, adalah Maskara yang ke tujuh!

Walaupun hanya sempat menyaksikan persembahan Ms Fynn, kesannya sungguh besar kepada isteri dan adik-adik iparku yang datang bersama Sabtu itu. (Apakah kesannya? Nanti aku beritahu.)

Maaf kerana aku datang lewat dan pulang pula awal. Kerana sebenarnya aku ada hal lain, tapi alhamdulillah sempat juga singgah walaupun sekejap. Dapatlah jumpa beberapa kawan-kawan. Attokz, Naga, Vovin, Tok Rimau, Nizam Rusly, Samurai, Spyz, Nurie, Jigo & Pyanhabib.


Kawan-kawan lain yang masih di dalam seperti Mat Jan, Alif Firdaus, Nesloice, Amir Mukhriz, Icesoul & Sufian Abas tak sempat aku ketemui kerana harus ke tempat lain. Wajah-wajah lain aku tak perasan kerana gelap, maaf.


Di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tempat lain itu, masing-masing medeklamasikan sajak-sajak mereka. Termasuk isteriku, termasuk kedua-dua adik iparku. Apa saja yang ingin dikatakan, mereka meluahkan mengikut style pembacaan puisi.


Aku ingat habis pada malam itu saja, tetapi tidak! Mereka terus berpuisi sehingga pagi esoknya.


Berkesan juga Maskara dalam apresiasi seni. Diharapkan lebih berkembang.

p/s. Kingbinjai, engkau ke mana?