Rabu, Mei 19, 2010

DRAMA SEBABAK : Ingat

Mok : Su, mana susu?
Su : Ayah tak beli?
Mok : Awak tak ingat kan ayah?
Su : Saya ingat ayah ingat?

Khamis, Mei 13, 2010

DRAMA SEBABAK : Masak

Ja : Tak sedap la
Zaki : Iya la. Warna dia pun pucat
Ja : Ada bau cili.
Zaki : Sudah la. Jangan makan
Ja : Kenapa pulak
Zaki : Dia masak tak masak.

Selasa, Mei 11, 2010

DRAMA SEBABAK : Silap Promosi

Lokasi : pasar malam

Penjual : Mari dik, kuih
Aku : Berapa satu?
Penjual : Enam puluh sen
Aku : Saya beli tiga
Penjual : Beli lah lima, tiga ringgit.
Aku : Oh, iye ke?
Penjual : Ya. Nak lima ke?
Aku : Tak! Nak satu je.
Penjual : Tadi kata nak tiga?
Aku : Takpe, saya nak satu je. Enam puluh sen kan?

Ahad, Mei 02, 2010

The Gun and The Olive Branch


The Gun and the Olive Branch (Senapang dan Dahan Zaitun) merupakan sebuah babad lengkap mengenai konflik Palestin-Israel dan sejarah di sebalik penubuhan negara haram tersebut. Setiap peristiwa penting dirakam dengan butiran yang jelas, bermula daripada abad ke-19 lagi (1880an) di mana ide-ide Zionis dan kenegaraan Yahudi mula dilaungkan oleh Theodor Herzl, pengusiran dan rampasan tanah sistematik bangsa Arab daripada bumi Palestin, Nakba 1948, Perang enam hari 1967, Shabra dan Shatila, kemunculan fedayeen dan kebangkitan intifada dan segala macam peristiwa dan gamut politik yang berlaku. Setiap peristiwa penting bukan sahaja diceritakan semula, malah diberi analisa mendalam.

David Hirst meupakan seorang wartawan akhbar Britain veteran yang kerjayanya tertumpu kepada Timur Tengah, khususnya Palestin. Cetakan ke-3 buku ini adalah setebal lebih 600 mukasurat, memetik tidak kurang daripada 800 rujukan daripada sumber yang pelbagai. Buku ini telah dikritik hebat oleh pro-Zionis, dan juga diharamkan di beberapa negara Arab kerana membuka pekong di dada-dada mereka di atas kebaculan mereka untuk berdiri di belakang Palestin.

Saya mengkategorikan buku ini sebagai ‘Mesti baca’, dan mengesyorkan rakan di dalam bidang penerbitan untuk mengambil usaha untuk menerbitkan alih-bahasa buku ini dalam Bahasa Malaysia!