Khamis, Oktober 27, 2005

1 Million Light Years Away from Home

It was the fastest speed I'd ever made to this day.

The southern morning sun shone rather brightly that morning. I hesitated from slowing down. It's the speed that kept me awake. Five-Os wouldn't stage road blocks this early in the morning. 170km/h, all the way heading north towards Metropolis.

"Alamak, road blok la!@"

I thought the camera can't detect speed above 160km/h? Kene tipu aku.

One tok polis directed me to the bahu jalan.

I pulled over. I could feel the silly smirk on my face. I gave my licence to the tok polis, it's obvious he would asked for it anyway.

"Assalamualaikum Encik. Perasan tak bawak laju tadi?"

"aaa... haah"

"127km sejam.. laju tu .. takkan tak rasa kot .... "

127 je??

"aaaa...haah"

"dari senai sampai sg besi ada 8 speed trap ... encik dah lepas empat dah ..."

'' ooo...hoo"

"takpa ... saya bagi amaran je encik... lepas ni ikut la speed limit ya?"

"aaaa...haah"

"ok... saya lepaskan encik lah. .. selamat jalan!"

"aaaa...haah"

Tobat... Since then the speedometer never went past 100km/h ......



Berhati-hatilah di jalan raya di musim perayaan.

Isnin, Oktober 24, 2005

DRAMA DUA BABAK : Jalan

Babak satu : Malas Berjalan

Biarlah berapa banyak pun duit habis untuk beli petrol nanti. Dia memang malas berjalan. Dah lah panas, mana sanggup parking jauh-jauh. Biarlah pusing dua tiga kali pun. Dia tetap mahu parking yang dekat dengan pintu masuk.


Babak satu : Rajin Berjalan

Biarlah berapa banyak pun duit habis untuk yuran gym. Dia memang rajin berjalan dan terus berlari diatas mesin treadmill. Biarlah berapa lama pun. Dia tetap mahu mahu bersenam di gym.

Rabu, Oktober 19, 2005

15 Ramadhan

Anda tau yang hari ini sudah masuk 15 Ramadhan?

Anda memang mengikutinya setiap hari?
Anda terperasan bulan penuh di langit?
Anda baru perasan bila imam baca qunut sewaktu solat witir?
atau
Anda sudah mendengar lagu-lagu raya di radio?

Khamis, Oktober 13, 2005

Seven Deadly Sins?

Telahan mu tepat!

Kerana aku tak mahu lakukannya.

Haha.

Bagaimanapun terima kasih kerana ... er ... tagging me.

Isnin, Oktober 10, 2005

Petua untuk cukup 20

Motivasi ini untuk diri aku sendiri sebenarnya. Untuk sempurnakan dua-puluh rakaat solat terawih. Memang bila difikir-fikirkan dua-puluh rakaat itu amat banyak.

Jadi, bila dua-puluh rakaat itu banyak, kita anggapkan saja solat terawih itu sepuluh sahaja. Dan lupakan angka dua-puluh itu. Mengapa sepuluh? Ini adalah kerana kita akan duduk tahiyat dan memberi salam hanya sepuluh kali. Kerana itu kita fikirkan sepuluh sahaja.

Sepuluh itu masih banyak? Normal la tu kan. Takpe.. takpe.. kalau sepuluh itu banyak, kita fikirkan yang sebenarnya solat terawih itu lima sahaja. Dan lupakan angka sepuluh itu. Angka lima itu sebenarnya mewakili angka imam membacakan doa. Bayangkan bila saja bilal sebut "... khalifatus salis, amirul mukminin saidina Usman ibni Affan", anda sudah boleh bayangkan yang solat terawih anda tinggal satu sahaja. Atau dua tahiyat sahaja. Tapi sebenarnya ada empat rakaat lagi.

Mudah bukan? Jika pertengahan solat itu, anda masih merasakan masih banyak lagi doa, atau banyak lagi tahiyat, atau tentunya banyak lagi rakaat, ada cara lain untuk membantu anda sempurnakan dua-puluh rakaat terawih anda.

Salah satu caranya (yang aku sering amalkan) ialah tukar-tukarlah tempat solat anda. Contohnya begini. Anda mulakan solat terawih anda di saf yang belakang. Bila imam bacakan doa ke-dua, atau selepas tahiyat ke ke-empat atau rakaat yang ke-lapan, pasti ada yang tinggalkan saf dan balik ke rumah. Atau ada yang masih tunggu di luar sambil menghisap rokok sementara tunggu semua habis solat sebelum dapat makan moreh nanti.

Bila saf depan kosong, anda ganjaklah ke depan. Dan apabila sudah berada di saf baru, anggapkan yang anda baru hendak mulakan solat. Anggapkan yang anda baru memulakan rakaat pertama. Lupakan sudah berapa imam membaca doa, lupakan sudah berada anda tahiyat, dan lupa sudah berapa rakaat anda solat.

Bila sahaja anda terdetik dalam hati, "... bila nak habis ni?", maka perlulah anda berpindah ke tempat lain pula. Fikirkan semula seolah-olah anda baru memulakan rakaat pertama solat terawih anda.

Selesai lah sudah dua-puluh rakaat solat terawih itu. Tapi jangan lupa solat witir tiga rakaat pula. Tak kan dua-puluh boleh buat, tiga pula tak boleh?

P.S : ingat daku dalam doamu, lupakan daku dalam solat (terawih) mu

Rabu, Oktober 05, 2005

Sekadar isu picisan. Benarkah ia picisan?

Sekarang ni Malaysia Idol dah habis. Tapi isu mengkritik nyanyian belum habis lagi. Terbaru mengkritik nyanyian bukan lagi di dewan nyanyian, auditorium atau stadium. Tapi mengkritik nyanyian dalam parlimen!

Berita oleh Utusan Malaysia
Lagi Berita oleh Utusan Malaysia

Komen Juri 1 : Awak ni bukan orang yang sesuai nyanyikan lagu patrotik. Awak hanya layak nyanyi lagu rock. Awak salah pilih lagu! Eh salah. Penganjur salah pilih penyanyi.

Komen Juri 2 : Setuju dengan abang Juri 1. But nice try. Keep it up.

Komen Juri 3 : Come on dude. U should ... . Sorry, this is not my country.

Ahad, Oktober 02, 2005

Makan chopstik?

Shahrul "Hari tu aku makan ngan awek aku kat Kg Baru"
Aku "Dekat mana? City Garden ke Antarabangsa?"
Shahrul "Tak lah. Kita orang tak makan nasi lemak. Kita orang makan chopstik"
Aku "Hah? Makan chopstik ke makan pakai chopstik?"
Shahrul (sambil cover malu, barangkali) "Makan chopstik la. Aku makan chicken chop, awek aku makan beef steak. Haha.