Nabi Muhammad SAW ditakdirkan tidak boleh membaca kerana antara lain tujuannya ialah membuktikan kesaktian al-qur'an yang tidak direka-reka manusia. Kerana itu, tidaklah boleh kita menjadikan alasan ketidakmampuan Rasullullah SAW membaca untuk kita juga tidak membaca. Rasulullah tidak membaca sejak mula hingga akhir. Sedangkan kita sudahpun kenal huruf dan boleh membaca. Oleh itu teruskan membaca.
Berbalik kepada keupayaan 'membaca' Nabi Muhammad SAW merujuk kepada turunnya ayat al-qur'an pertama iaitu, "Iqra'," adalah melihat situasi dan membuat analisa. Ini bermakna, skop 'membaca' adalah sangat luas.
Seperti yang saya katakan, kita sudahpun kenal huruf dan boleh membaca, cuma mungkin usaha untuk kita membaca adalah kurang. Kerana itu, segelintir dari kita sedangkan usahakan satu kempen yang diberi nama "Baca @ LRT" iaitu kempen membaca buku di dalam tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).
Maklumat tentang program tersebut boleh dicapai melalui Fanpage
Facebook. Mereka akan berkumpul di Terminal Putra Gombak jam 9.45 pagi pada hari Sabtu ini - 16 Jan 2010.
Bersama-samalah kita membaca.