Walaupun perjalanan ramadhan sudah hampir orgasma, berahiku untuk mencoretkan sketsa ramadhan tetap tersisa.
Petang tadi hujan lagi. Agak lebat hingga bisa berdebarnya hati dan bergegarnya payung gerai pasar juadah. Dalam masa minggu akhir ramadhan ini, peniaga-peniaga bermusim ini banyak yang sedang gembira mengira untung. Tak perlu niaga lagi kerana persiapan raya perlu diutamakan. Kalaupun tidak, bertukar jenis perniagaan. Yang lelaki berminat jual pakaian bundle. Yang perempuan boleh jual kuih dan biskut raya.
Namun masih ada lagi peniaga yang masih mahu meniaga. Menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa. Walaupun diri sendiri tidak puasa tetapi menyediakan makanan untuk orang puasa sudah jadi tanggungjawab. Tak ketinggalan orang yang tak berpuasa juga turut tumpang membeli makanan untuk makan malam, bukan untuk berbuka puasa.
Itu hal peniaga bermusim di pasar juadah. Peniaga berlesen. Tapi bagaimana dengan peniaga bermusim yang berniaga secara haram. Walaupun barang jualan itu halal, masih dikira haram kerana tidak berlesen. Berniaga judi dikira halal kerana berniaganya ada lesen. Entah lah. Macam-macam!
Tadi hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya selama lebih seminggu. Jadi aku ambil peluang untuk singgah buat kali terakhir. Tapi bukan di pasar juadah. Tapi gerai di kawasan tanah kosong depan masjid. Cuma ada dua gerai. Satu makcik jual kuih. Satu lagi abang jual air.
Selepas parking kereta, aku masih belum mahu turun. Kerana hujan masih turun serta angin bertiup kencang. Mata tertumpu pada gerai tersebut. Tiba-tiba payung abang yang meniaga air tumbang. Lebih sadis, meja yang penuh dengan tong-tong airs berperisa juga terbalik. Habis tumpah semua air malah ada tong air yang pecah.
Allahu akhbar! Aku tak sanggup tengok betapa hampanya abang yang tertumpah semua airnya itu.
Apakah nasib Malang ini ada kaitnya dengan berniaga dengan lesen atau berniaga tanpa lesen?
Potong stim nak beraya!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan