Harapkan hari biasa, memang aku sibuk di pejabat. Kalaupun balik awal, aku akan ambil peluang untuk berehat di rumah. Biasanya aku hanya akan tolong di kedai pada hujung minggu. Tapi untuk beberapa minggu kebelakangan ni, aku sibuk dengan urusan lain. Jadi aku sudah lama tidak ke kedai.
Minggu ini tidak ada agenda pada hari ahad. Maka setelah berminggu-minggu tidak menjaga kedai, hari ini aku ditugaskan menjaga kedai dari pagi ke petang. Biarlah mak bapak aku berehat hujung minggu ni setelah lelah menguruskan kedai dari hari ke hari.
Segalanya berjalan lancar, cuma sekali sekala aku lupa harga barang. Maklum saja, dah lama tak jaga kedai, lagipun harga barang banyak yang naik.
Maka sekali sekala juga mak atau bapak aku akan ke kedai bagitau harga itu, harga ini, barang ini naik, barang itu naik lagi. Harga barang yang turun? Cuma rokok Dunhill 14 batang sahaja yang turun harga.
Pukul 11 lebih, sambil tengok Sofea Jane beli ikan (Rancangan TV - Dutch Lady 123), ada seorang budak lelaki datang. Nak beli ajinomoto.
Budak :
Pakcik.Aku :
Pakcik? panggil abang la...Budak :
Mak nak ajinomoto yang seringgit empat puluh sen.Aku :
Seringgit empat puluh sen takde. Yang ni seringgit tiga puluh senBudak :
Tapi mak nak yang seringgit empat puluh sen.Aku :
Seringgit empat puluh takde, yang besar ni dua ringgit empat puluh sen. Berapa ringgit mak kau bagi?Budak : (Sambil hulurkan duit - syiling berjumlah RM 1.40)
Aku :
Nak ambik ni. (Sambil ambil duit RM 1.30 dan hulurkan paket ajinomoto.)
Budak :
Mak nak seringgit empat puluh sen. Mak taknak yang seringgit tiga puluh sen.
Sudah. Buat hal pulak budak ni. Bersungguh-sungguh dia nak beli yang RM 1.40 jugak. Muka macam dah nak nangis dah. Mujur bapak aku datang.
Bapak :
Yang ni memang seringgit empat puluh sen. Dapat free gula-gula dua biji. Nak, ambik gua-gula ni. Abang ni tak tau harga.Dengan selamba budak tu pun keluar dari kedai tanpa bantahan apa-apa.
Sekarang aku bertambah-tambah yakin, yang pengalaman lebih penting dari akademik, lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan.
Waktu kita belajar 'consumer behaviour', pensyarah kita tak ajar cara nak handle pelanggan bebudak hingusan yang tak reti kira macam ni. Kita tak belajar bagaimana nak kenal dengan muka-muka penipu dalam perniagaan walaupun kita belajar 'business ethic'. Begitu juga dengan 'marketing strategy'. Apakah boleh apply terus toeri-teori tersebut dalam dunia perniagaan sebenar?
Jadi apa pentingnya SPM dapat 17A kalau belajar hanya untuk lulus?