Sekarang ni para guru di Malaysia dah dapat tugas baru. Mereka-mereka ini dapat kuasa untuk tangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Merujuk kepada keratan akhbar nasional Berita Harian hari ni.
Aku tertarik bila Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid kata "Kita tidak menghadkan bilangan pegawai kerajaan yang akan dilantik, sebaliknya bergantung kepada kesesuaian mengikut luas kawasan serta sensitiviti lokasi"
Aku setuju benar kenyataan ni sebab tak semua lokasi yang memerlukan guru-guru ada kuasa tangkap PATI ni. Contohnya Johor, guru-gurunya tak payah diberi kuasa kerana beban tugas dan kehidupan mereka. Tak pasal-pasal nanti lagi ramai guru-guru di Johor yang tertekan dan menghantar SMS palsu mengatakan yang dia hampir dibunuh.
Tapi berikan kuasa penangkapan PATI ni kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah di Pulau Pinang. Kerana mereka ini ada banyak masa terluang. Sebelum ini mereka mengisi masa-masa lapang dengan menghantar email-email fitnah.
Begitu juga dengan guru-guru di Sabah. Mereka ini juga ada banyak masa terluang. Kerana itu dia menghabiskan masa dengan menghantar email berisi gambar bogel artis.
Bagaimanapun aku bersyukur sebab Menteri tu cakap yang dia cuma melantik pegawai kerajaan yang berminat dan sanggup berkhidmat. Kalau mereka tidak minat, Kementerian tak paksa kerana tidak mahu kuasa itu disalahgunakan.
Baguslah macam tu
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan