Bahasa Jiwa Bangsa. Ya, betul!
Minggu lepas ada orang bercerita kepadaku tentang pengalamannya. Dia telah berjumpa dengan seorang lelaki India yang sudah masuk Islam. Katanya, lelaki India yang masuk Islam tu sudah tak mahu bertutur dalam bahasa Tamil lagi. Kata lelaki India yang masuk Islam itu, bahasa Tamil adalah bahasa khurafat. Dia sekarang sudah Islam, bukan Hindu lagi.
Aku bertanya balik kepada orang yang bercerita kepadaku itu perihal lelaki India yang Islam ini, sekarang lelaki India itu bercakap bahasa apa?
Dia membalas dengan berkata dia cuma mahu bertutur dalam bahasa Melayu.
Dan Aku beritahu orang itu yang bahasa Melayu juga khurafat. Bahasa Inggeris lagi lah.
"Bukankah Rasullullah berbahasa Arab? Jadi, jika sudah masuk Islam kita kena bertutur dalam bahasa Arab juga. Kalau dia berbahasa Melayu, dia cuma masuk Melayu!"
Bahasa Jiwa Bangsa. Betul ke?
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan