Rabu, Ogos 31, 2005

Merdeka vs Isra' Mikraj

[sekadar peringatan kepada diri sendiri]

1. Ada konsert 'Di Ambang Merdeka' di sana-sini sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan. Dan konsert tersebut mendapat perhatian media dan berduyun-duyun ramainya orang menyaksikan.

Pada malam Isra' Mikraj, berapa banyak masjid yang menganjurkan ceramah 'Menghayati Peristiwa Isra' Mikraj? Kalaupun ada, berapa ramai yang datang?


2. Hari Merdeka adalah berkenaan dengan peristiwa bebasnya negara dari penjajah.

Malam Isra' Mikraj adalah berkenaan dengan peristiwa Rasullullah naik ke langit bersama Jibrail bertemu Allah.


3. Pada hari kemerdekaan, kita diingatkan supaya bersyukur kerana sudah tidak dijajah dan hidup dapat aman sentosa. Walaupun perkara yang lepas harus tidak dilupakan.

Pada malam Isra' Mikraj, kita diingatkan tentang keimanan. Tidak sahaja perkara-perkara yang sudah lepas, malah terdapat juga peristiwa-peristiwa akan datang.


4. Sejak zaman berzaman dah memang cuti pada 31 Ogos tiap-tiap tahun.

Nak cuti juga pada 27 Rejab tiap-tiap tahun.

Tiada ulasan: