Minggu lepas dan minggu ini adalah minggu paling teruk aku disesah dengan pertanyaan yang berkaitan dengan perkahwinan. Aku tak pernah dihimpit dengan soal perkahwinan seteruk ini. Stress betul aku!
Sudah la hujung minggu aku terpaksa tahan telinga bila menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan aku dan jiran-jiran aku. Tapi takpa juga sebab dah biasa. Dan aku juga sudah sediakan macam-macam alasan.
Tapi bila kat opis pun kena juga. Kena perli dari pekerja-pekerja senior (lelaki) pun dah biasa juga bila mereka mula membuka topik kawin. Tapi bila pekerja muda perempuan pun mula dah tanya aku pasal kawin ni mula tertekan. Lebih cuak bila dia tanya "Ntah-ntah awak ni suka lelaki tak?" Berderau darah aku mendengarnya. (Awak tu bujang, nak ke awak kalau saya masuk meminang awak nanti?)
Punca mereka berpakat-pakat sakat aku pasal kawin sebab minggu lepas aku banyak sangat melakukan kesilapan di pejabat. Banyak sangat kecuaian yang aku lakukan. Aku sendiri pun tertekan dengan kesalahan yang aku lakukan tu. Macam tak percaya, asyik aku je yang buat salah!
Disebabkan hal tu, mereka masing-masing buat spekulasi. Ada yang kata aku bergaduh dengan awek aku (padahal aku tak pernah ada awek), ada yang kata aku tak cukup rehat (mungkin) , dan macam-macam lagi.
Tapi yang paling aku tak puas hati bila mereka memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah. Semuanya, diulangi semuanya memberikan cadangan bahawa aku patut kawin!
Apa, kalau aku kawin aku dah tak akan melakukan kesalahan dan kesilapan lagi? Apa, dengan berkawin boleh mengubati penyakit lalai? Benarkah perkara ini benar?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan