Selasa, September 20, 2005

Malang berterusan

Entah apa malang pada aku ni? Beberapa minggu lepas asyik buat salah di pejabat sebab leka dan lalai yang entah apa punca. Dan hujung minggu lepas, malang berterusan.

Kali ini dompet aku hilang. Aku taknak cerita bagaimana ia hilang di sini kerana aku sendiri masih tak faham macamana boleh hilang. Tak masuk akal!

Dan aku kena bayar sejumlah harga untuk kemalangan akibat dari kelalaian aku tu.

Jabatan Pendaftaran Negara
Bayaran Permohonan - RM 20.00
Bayaran Pemprosesan - RM 10.00
Bayaran Kompaun - RM 50.00

Jabatan Pengangkutan Jalan
Lesen memandu kompeten - RM 20.00
Lesen memandu vokasional - RM 5.00

Lain-lain
Gambar - RM 7.00
Masa - Tak terkira
Tenaga - Tak terkira

Dah! Aku malas nak fikir-fikir lagi benda yang dah lepas. (Tapi Bonda aku mungkin lupa tentang takdir, asyik bebel je.)

Tiada ulasan: