Isnin, November 28, 2005

Neo-romantik

Dengarlah puteriku
Cerita konon
Terkandung dalam senandungku
Semoga terlerai rindu dendammu
Pada wira panji putih

Sekalut mitos
Sehangat bara
Dihimbus angin
Telapak kuda

Dengarlah Seriku
Irama bebas
Terkandung dalam senandungku
Semoga terlerai cinta sucimu
Pada bayang mimpi siang

Sekalut mitaos
Sepurba cermin
Digilap api
Kembayan mamai

Oh harumnya kasturi
Tak seharum tanah hitam
Sehitam rambutmu
Yang melamar mimpiku

Oh ayu
Sarungkanlah
Kasut tarimu

Tiada ulasan: