Pengguna adalah raja? Ya! Tapi raja zaman sebelum merdeka dulu. Pengguna sekarang adalah umpama raja zaman kolonial british dulu. Nama saja raja tapi tidak ada kuasa.
Customer is always right. Tapi kita sebagai pengguna tidak ada kuasa dalam penentuan harga. Dalam ekonomi, harga ditentukan ketika mana terdapatnya kesamaan permintaan dan pengeluaran.
Tetapi hari ini keadaannya sudah berubah. Pengunaan tidak lagi menjadi penentu untuk menetapkan harga barangan. Walaupun kurangnya permintaan dari pengguna, harga tidak berkurangan, tapi kalaulah pemintaan naik, harga barangan dagangan itu mencanak naik.
Raja zaman kolonial british juga begitu. Apa yang raja boleh buat ketika itu? Memperbanyakkan gundik sahaja. Penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran negeri, semua diserahkan kepada Residen British.
Dan sekarang kalau bukan kita pengguna yang menentukan harga, jadi siapa?
* * * * * * *
Selingan : Ada ahli parlimen cakap kat berita hari tu. "Petrol naik sepuluh sen. Tapi roti canai naik tiga kali ganda. Teh tarik naik tiga kali ganda"
Persoalan : Kat mana kedai yang ahli parlimen tu beli? Naik sampai tiga kali ganda?
Soalan tambahan : Siapa ahli parlimen tu? Ahli parlimen Sri Gading. Patut la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan