Jumaat, Januari 13, 2006

METAFORA : Percaya... pada cermin

Apa saja yang aku lihat melaluinya tidak akan memberikan bentuk yang sebenar. Kalau cermin itu cembung, jasadnya mengecil. Dan kalau cermin itu cengkung, jasadnya membesar pula.

Dan, biarlah sejernih manapun cermin itu, warnanya jasad tetap tidak pamirkan warna miliknya yang mutlak. Kerana musabab cahaya pula.

Begitu juga cermin yang disaluti perak. Pantulan imej melaluinya juga tidak akan memberikan bentuk yang sebenar. Aku pegang telinga kiri, imej aku sepertinya pegang telinga kanan pula.

"Kawan-kawan kita adalah cermin diri kita. Ahli keluarga kita juga adalah cermin diri kita. Kita akan jadi baik kalau kita berada dalam komuniti yang baik-baik"

Oohh betapa aku tidak percayakan kata-kata itu! Siapa kau yang dapat buktikan itu?

"Kau nampak kusut hari ni. Kenapa tak sikat rambut?"
"Aku tak percaya pada cermin!"

Tiada ulasan: