Baik kau menyanyi saja
Kalau kau tak mampu bermain senjata
Kalau kau tak mampu bermain kata
Kau pikul pangkat laksamana
Kau heret entah ke mana
Baik kau menyanyi saja
Hanya itu lah yang mampu buatku teruja
Bila puteri merengek manja
Kau bertutur habiskan skrip saja
Baik kau menyanyi saja
Bila kau bertutur buat ku penat
Bila kau bergerak buat ku gayat
Kerana gerak dan tutur mu tidak sepakat
Baik kau menyanyi saja
Baik kau menyanyi saja
Oh Hang Tuah
Baik kau menyanyi saja.
p/s : selepas menonton teater muzikal Peteri Gunung Ledang
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
7 ulasan:
bagus ke pgl?
:)
sangat betul...
yes...ramai lagi lelaki melayu yang boleh pegang watak tu..
contohnye kamu..
*muka serious...
jom bikin teater?
apa konsep/ tema tiara nak bawak dlm teater pgl nih? tema/konsep yang sama cam filem? or sekadar pelarisan unsur penjiwangan cinta tuah tiara? hajat nak tgk nati
dah tgk malam td. tp si tuah tu not bad lah. ada tersangkut la sikit. agaknya nervous sbb pak lah ada malam td. dia nyanyi sedap. and tiara..wow...i never knew she can sing live that well. ada 3-4 scene mcm tgk pocahontas dan aladdin dan titanic.
;)
inilah lain dari yang lain PGLM. kalau tuah tak nyanyi jangan panggil muzikal...memang yg selalu kita rancang tak menjadi.
1. org putih tu masih ada loghat english.dia menghafal bukan memahami skrip tu.
2. bayan tu masih ada loghat tamil.w/pun ada loghat tamil tapi dia memahami bukan menghafal.
3. aspek kekaguman jangan cakapla...tabik spring siot!!!
Catat Ulasan