Batu besar itu sekian lama membebani
Berat dan payahnya kau gagahi
Dijunjung pikul tanpa alas
Putik putik sesal pantas kau pangkas
Dihela dengan azam tak berputus
Dipayung doa bonda yang tulus
Batu besar itu cekal kau galas
Walau keringat mengalir deras
Kini batu besar itu tiada lagi
Riak wajahmu memancar seri
Nah, helalah nafas puas
Bila usahamu kini berbalas
Pejamkan matamu
Berdiri lah kamu
bukalah dadamu
Tadahlahlah tanganmu
Dan diam seketika..........
Syukur pada-Nya..
Dedikasi tahniah buat sahabatku- Pnin
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
7 ulasan:
batu besar itu memang tak lagi membebankan kau. tapi harus menanggung batu lain yang lebih besar dan berat.
namun jika gunakan tuas yang betul seberat manapun batu, ia tidaklah membebankan.
tuas? haa?
ohh..congrats la. akhirnya.
terima kasih suyuf, kawan-kawan. batu besar yang aku angkat ni bukan aku sorang sahaja yang menanggung bebannya. ramai yang menyokong aku mengangkat batu besar ini. kalau tak memang aku tak terangkat. kejayaan mengangkat batu besar ini aku tujukan buat semua yang menyokong aku dan sama-sama menanggung bebannya dari awal dahulu hinggalah kini ... terima kasih aku ucapkan dan Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian dan seikhlas-ikhlasnya aku doakan kesejahteraan kalian semuanya.
ooo...baru saya faham apa yang diperkatakan (or dipuisikan) dan siapa yang diperkatakan....
btw...congrats pnin....
you're lucky to have number people to support you along the way....
of course ...there's a long way to go...:)
Pnin,
saya faham sangat-sangat betapa lega hatimu itu.
Seperti saya juga, enam bulan yang lalu.
Tahniah!!!
tahniah.
batu besar sudah terangkat,
jgn disangka batu itu sahaja penghalang untuk kedepan,
kelak batu lain akan tiba,
disini, semangat kental dan usaha tak berhenti perlu ada
tahniah lagi
trimas semua... tapi sekarang aku bagai ditelan batu belah batu bertangkup daa ...
Catat Ulasan