Ahad, April 23, 2006

DARI DALAM DIRI: Perihal Menulis

Tambun, si Moderator mula menelefon.
"Mana entry?"
"Erk!? Ada, ada ..."
"Mana?"
"Ampun tuanku! Sibuk sikit la sejak akhir-akhir ni. Minda kering-kontang le..."
"Mana satu ni? Sibuk ke, takde idea?"
"Erk!? Dua-dua? Sebenarnya, ada satu entry on the way, baik punyo!"
"Ikut jadual, ok?"
"Roger, takde hal!"

Bukan aku tiada masa (bermaksud alasan 'sibuk' tidak boleh diterima pakai). Tepat 5.30 petang aku dah clock out dari pejabat, malam aku tetap on-line. Kerja lima hari seminggu hujung minggu masih terluang. Tapi berhadapan dengan laptop fikiran aku mula kaku.
"Nantilah sambung tulis ..."

Bukan aku tiada idea (bermaksud alasan 'minda kering-kontang' tidak boleh diterima pakai). Ke sana ke mari aku bersama PDA kesayanganku, mencatit segala yang terlintas di kotak pemikiran dan setiap pemerhatian menarik terhadap alam sekeliling. Tambahan pula dengan segala berita panas di dada-dada akhbar saban hari minda aku tercetus juga. Tapi berhadapan dengan laptop jari aku mula kaku.
"Nantilah sambung tulis..."

Aku sendiri tak tahu apa masalahnya. Apa masalah aku?

Saat ini, sedang aku sibuk-sibuk berfikir tentang masalah ini di hadapan laptop, dan cuba mencari momentum dan motivasi untuk menulis, terdetik di hati aku - "Nantilah sambung tulis ..."

5 ulasan:

kingbinjai berkata...

komen aku :
errr... nantilah aku sambung tulis..

pnin berkata...

haha! kita punya masalah yang sama!

Ann berkata...

mintak je tuan moderato duit utk entry, dia ingat perah otak mcm perah kain lepas basuh tgn? (ampun tuan moderator...hehe)

tp ko kene terus tulis, aku tak kira.

(sori aku x pi masjid bulat)

el-Maaniq berkata...

KINGBINJAI
Aku tunggu!

PNIN
*sensored*

ANN
Kalau aku minta duit untuk kau baca dan duit tambahan untuk komen, boleh? Haha.

suyuf berkata...

hahaha
mana ko tau isi hatiku??