Selasa, April 18, 2006

Untukmu Adam : Lampu Picit

Adam ada lampu picit. Adam kenalah pandai guna lampu picit tu. Mentang mentang la nama dia lampu picit, Adam selalu saja nak picit picit lampu tu tak kira masa. Pantang bosan je nak picit. Kadang kadang tu masa tgk TV pun picit jugak. Tak tau la cerita apa kat TV masa tu. Mana boleh macam tu Adam. Adam kena ingat, lampu picit ni kita kena guna bila perlu saja. Kalau Adam pakai lampu picit tu masa siang hari, tak sesuai. Sia sia saja perbuatan Adam tu. Nanti bila malam, Lampu picit Adam jadi malap sebab baterinya dah habis. susah la Adam macam tu. Teraba raba saja lah Adam. Nak suluh pun tak boleh, kalau ada cahaya pun, boleh suluh dekat dekat saja. Baik tak payah, Buat malu.

Adam tak perlu risau dengan saiz lampu picit Adam, Bukan saiz yang jadi ukuran. Tapi ketahanan lampu picit tu berfungsi yang paling utama. Adam tak perlu modified lampu picit tu nak besarkan seperti lampu lampu picit keluaran benua Afrika. Ramai juga yang buat begitu, tapi Adam tak payah la. Nanti rosak.

Akhir sekali, harap Adam jagalah lampu picit Adam sebaik mungkin kerana lampu picit boleh tentukan kebahagian hidup Adam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baik la bagi adam main lampu picit daripada bagi dia main dengan lilin ... terbakar diri nanti ...

Mat Jan berkata...

lampu picit kalau letak dalam sarung, cahaya tak keluar.

kingbinjai berkata...

adakah aku berfikiran serong? hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

"Adam tak kesah" (ala2 Iman tak kesah)

Beautifoollife

Tanpa Nama berkata...

aku cuba untuk tak berfikir kearah "itu", tapi godaan entri kali ni terlalu menjurus pikiran aku kearah "itu"