Jumaat, Mei 12, 2006

mayam, bambu, piring? tidak!!

Aku tak kenal Putu Wijaya sebelum ini.

Aku mula mendengar namanya ketika Ann meminta aku beli buku karangannya bertajuk 'Bali' di pesta buku beberapa bulan lepas. Ketika itu, buku yang dimintanya tidak ada. Yang ada cuma 'Goro-goro'. Ada terdetik untuk beli buku itu, tapi aku tangguhkan dulu. Selepas solat, baru aku hendak ke sana semula. Tapi rancangan aku itu tidak berjaya kerana aku terlupa.

Beberapa hari lepas, Diana mengajak aku ke ASK untuk menyaksikan persembahan Putu Wijaya.

Pada hari persembahan semalam, aku ke sana walaupun terpaksa meredah hujan nipis hanya kerana ingin menyaksikan persembahan Putu Wijaya yang aku tidak begitu kenali itu.

Sampai saja di sana, aku dimaklumkan ada persembahan puisi yang melibatkan Ladin Nuawi, Kopratasa, Dr. Wan Zamawi, A. Ghaffar Ibrahim dan beberapa pemuisi lain, serentak dengan aturcara persembahan Putu Wijaya.

Kedua-dua persembahan itu belum bermula. Dan aku sempat berjumpa dengan Sani Sudin dan Siso. Aku bagitahu kepada mereka yang aku datang ke sana untuk menonton Putu Wijaya, bukan kerana persembahan mereka.

Sani Sudin membalas, "Aku pun taknak nyanyilah. Aku pun nak tengok Putu Wijaya!"

Menurut Sani, Putu Wijaya adalah pengkarya hebat di Indonesia sebaris dengan Teguh Karya. Tetapi Teguh Karya lebih menumpukan kepada filem, manakala Putu Wijaya menumpukan kepada teater dan jurnal.

Tepat jam 8.30, barulah aku dimaklumkan bahawa persembahan Putu Wijaya tidak ada. Dan program pembacaan puisi itu adalah penggantinya. Lantas, aku turut mengisi audian membacaan puisi.

Selepas seorang demi seorang pemuisi membacakan puisinya, pengacara majlis menjemput SN A.Samad Said membacakan puisi.

"Saya sebenarnya datang ke sini untuk menyaksikan drama. Saya bawa buku ini untuk dihadiahkan kepadanya. Tetapi Putu Wijaya tidak dapat hadir malam ini. Dan saya diminta untuk membaca puisi pula. Malangnya dalam buku ini tidak ada puisi. Jadi saya akan bacakan satu monolog dalam buku ini, iaitu drama Lantai T.Pinkie.

"Di rumah sederet panjang, ..."

Dalam masa Pak Samad menghabiskan monolog itu, aku terasa amat menyesal kerana tangguhkan pembelian buku 'Goro-goro' di pesta buku lepas.

Dan, aku belumpun dapat mengenal Putu Wijaya dan karya-karyanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entry aku mana?

Unknown berkata...

saya pun masih mencari karya putu wijaya, belum ketemu. kalau dah jumpa bagitau ya...