Isnin, Jun 26, 2006

DRAMA SEBABAK : Siapa juara pilihanmu?

"Assalamualaikum"
"Ehh.. awak.. lama tak jumpa"
"Kau tak jawap salam aku lagi"
"Waalaikummussalam. Awak buat apa sini? Awak kerja mana sekarang? Awak dah kahwin belum?"
"Haha. Kenapa kau ni? Tanya la satu-satu."
"Jom kita minum. Boleh cerita macam-macam. Lama saya tak jumpa awak"
"Haha. OK. Nak minum kat mana?"
"Saya tak kisah mana-mana. Tapi jangan kat kedai mamak"
"Kenapa tak nak kat kedai mamak?"
"Ramai sangat orang. Sekarang kan tengah World Cup. Penuh ramai, pastu bising."
"Haha. Tengok World Cup kat kedai mamak ni sama macam sembahyang terawih kat masjid, lah"
"Kat mana yang sama? Pandai-pandai je buat hukum"
"Orang tengok World Cup kat kedai mamak ni cuma ramai mula-mula waktu first game dengan time bila dah semi-final je."
"Sembahyang terawih?"
"Orang pergi surau bila first day puasa ngan bila dah dekat raya je!"

2 ulasan:

kingbinjai berkata...

oh pandai betul ko

BooK berkata...

el:
ha ha. drama dua babak kau kompak kan dalam satu babak?
hihi.

psssttt.. thanx bro. i o u one!