Isnin, 29hb mei 2006. Sedang aku bergelak ketawa bersama rakan rakan office sementara menunggu pesanan di restoran secret recipe, aku mendapat satu panggilan telefon. Hilai tawa tadi tersentak serta merta bila melihat nombor yang terpampang pada screen telefon bimbitku adalah nombor rumahku di kampung. Dengan segera aku keluar dari restoran dan menjawab telefon. Terdengar suara ayah yg sedikit bergetar. "umi kena air panas masa kenduri. Dia jatuh dalam kawah air panas, satu badan melecur". Aku terdiam. Putaran akalku tidak lagi berada pada orbitnya.
Cuma selang beberapa minggu selepas aku mengucap selamat hari ibu padanya. Hari ini dia terlantar di Hospital dengan badannya yang berbalut dengan plastik. Doktor terpaksa membuang semua kulit belakang samapai ke pahanya. Kini seluruh tubuhnya berbalut plastik. Air bisa yg keluar dari celah celah plastik yg berbalut itu meruntun hati lelaki ku untuk mengalir air mata. Aku tak tahan melihat umi begitu. Baju umi terpaksa ditukar 4 kali sehari kerana air bisa keluar tak henti henti. Lengan umi merah merah. belakang umi putih berair. tapi umi masih boleh senyum bila nampak aku sampai menziarahnya. Umi kuat. Umi kata tak sakit. Umi tak mahu aku tahu dia sedang sakit. Aku tak tahan tengok Umi begitu. Allah, sembuhkan Umiku. Tak tahan lagi aku lihat Umi begitu.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
6 ulasan:
InsyaAllah, Semoga Allah mengurangkan rasa sakit dan semoga umi lekas sembuh. Amin..
semoga umi ko cepat sembuh, insyaAllah
Subhanallah....... kesiannya! Mudah2an umi sdr tabah dan sabar menahan sakit!
semoga umi ko cepat sembuh. insyaAllah.
Kita doakan semboga umi cepat sembuh. Amin
~CikP~
huh. sakit. get well soon.
*yang tengok lagi sakit.
Catat Ulasan