Isnin, Julai 24, 2006

BELANGSUNGKAWA : Mahamud Bin Baba

Aku panggil dia Atuk. Walaupun dia bukan bapa kepada bapak. Dan dia juga bukan ayah kepada bondaku. Tapi adalah suami kepada emak angkat bondaku.

Kata bonda, mereka suami isteri yang banyak membantu bonda & bapak sewaktu mereka baru-baru kahwin dahulu. Maklum saja, Atuk & Nenekku sudah meninggal dunia ketika Bonda & Bapak masih belasan tahun lagi.

Kata bonda, kami adik-beradik jangan lupa jasa mereka. Mereka telah banyak berjasa kepada Bonda & Bapak. Biarpun apa orang kata tentang mereka, kita mesti berbuat baik terhadap mereka, pesan bonda yang aku masih ingat sejak dari kecil lagi.

Atuk Mahmud meninggal dunia pada jam 5.30 petang (menurut Ijam - cucu sulung Atuk Mahmud & Nenek Esah) setelah nazak sejak jam 3 pagi di Hospital TB, Jln Pahang. Ketika nazak aku, bonda & mami Jatt (sepupu Bonda) sempat menziarahinya di hospital. Ketika itu jam 10 pagi dan kami berada di sana sehingga jam 2 petang.

Atuk dimasukkan ke hospital itu kerana disyaki mengidap kanser paru-paru. Walaupun Atuk tidak pernah mengisap rokok. Kata doktor, kerana asap enjin kenderaan juga boleh menjadi penyebab.

Atuk mengembuskan nafasnya dengan meninggalkan seorang isteri (Nenek Esah), lima orang anak (Cik Wan, Mak Ngah Ita, Cik Ros, Cik Jep, Mak Su Uji) dan ... er ... berbelas-belas cucu (atau sudah berpuluh, ntah?)

Kami mendoakan agar Atuk ditempatkan bersama-sama para solehin, tabi' tabi'in. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amiin.

Al-Fatihah.

3 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

Al Fatihah..semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

Tanpa Nama berkata...

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Rie berkata...

al-fatihah