Peraturannya, kalau sampai dulu akan dilayan dulu. Aku sampai dulu sebelum lelaki itu. Tetapi lelaki itu yang mengambil nombor giliran sebelum aku.
Sebelum itu, di tingkat bawah, aku masuk ke dalam lif untuk naik berurusan di tingkat 18. Belumpun sempat pintu lif tertutup, aku melihat kelibat orang untuk masuk ke lif. Jadi aku tekan butang 'buka' supaya lelaki itu dapat masuk ke lif.
Peraturannya, setiap sesiapa yang masuk dulu kena berdiri di dalam. Jadi aku anjak ke dalam. supaya kami selesa di dalam lif. Dia juga hendak ke tingkat 18.
Sampai di tingkat 18, lelaki itu keluar dulu dan terus mengambil nombor giliran. Dan aku dapat nombor giliran selepas lelaki itu, walaupun aku yang sampai dulu.
Beberapa minit berlalu maka sudah tiba giliran lelaki itu untuk berurusan. Dan dia berjalan ke kaunter 4 yang akan melayan urusannya. Sampai di kaunter 4, wanita yang berkhidmat di situ bangun. Menjawab panggilan telefon. Lelaki itu berdiri di kaunter 4 tanpa sempat bercakap apa-apa dengan wanita itu.
Dan tidak sampai seminit, tiba giliran aku di kaunter 3. Dan wanita yang berkhidmat di kaunter 3 itu melayan aku dengan ramah dan mesra. Selepas selesai, aku menuju ke lif untuk turun ke tingkat bawah.
Dan lelaki tadi masih berdiri terpinga-pinga di kaunter 4 kerana wanita yang sepatutnya berkhidmat di kaunter 4 itu belumpun muncul semula.
Hey, walaupun dapat nombor giliran kemudian, aku dilayan dulu kerana aku sampai dulu!
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
2 hari yang lalu
1 ulasan:
Allah maha adil. aminnn
Catat Ulasan